Bajet RM 1.5k/bulan untuk kereta RM 130k? Lupakan saja BMW/Mercedes-Benz & beli Honda Accord ini!

Sampai satu masa, keinginan untuk menukar kereta baru pasti akan ada dalam naluri setiap orang. Jenama seperti BMW dan Mercedes-Benz pun akan mula berlegar di fikiran. Tetapi kalau anda ada bajet sekitar RM 1.5k/bulan dan berminat untuk beli yang harga lebih kurang RM 130k, kereta apa sebenarnya yang paling bagus?

Kalau anda tanya kami, Honda Accord generasi CR iaitu model yang dijual di Malaysia dari tahun 2013 – 2019 sebenarnya pilihan yang lebih bijak berbanding mana-mana Mercedes-Benz dan BMW yang berharga lebih kurang sama. Apa sebabnya?

Honda ACCORD

Yang pertama sekali, ia buatan Jepun dan jenama Honda kot. Alat ganti pun banyak dan murah. Jadi, masalah jangka hayat atau isu nak jaga macam kereta buatan Eropah memang boleh dikatakan tiada. Selain itu, Accord dikira sebagai model teratas buat portfolio Honda di Malaysia dan ia berada dalam kategori eksekutif iaitu segmen D.

Jadi, kualiti dan kelengkapan yang diterapkan pada sedan ini dijamin yang paling mantap sekali. Sebagai contoh, model facelift varian 2.4 tahun 2018 pun dah lengkap dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto, ciri bantuan keselamatan ADAS Honda Sensing dan kamera LaneWatch.

Soal model teratas juga, Mercedes-Benz atau BMW dalam saiz sama (harga pun dalam takuk sama angkara susut nilai) juga mempunyai tahap kualiti yang hebat atau lebih tinggi daripada Accord tetapi adakah jangka hayatnya panjang? Adakah kabin dia betul-betul luas macam Accord?

Juga bacaNilai jualan semula: Toyota Camry vs Honda Accord – Yang manakah lebih baik?

Haa…kalau anda banding pula dengan Mercedes-Benz dan BMW di tahun dan harga sama, dapat C-Class dan 3 Series sahaja lah. Itu pun saiz Civic, bukan Accord.

Jadi, untuk anda yang tidak terhasut dengan dakyah lambang kemewahan dan cuma mahu sedan eksekutif yang paling menyenangkan untuk dibeli, Honda Accord 2.4 tahun 2018 kini boleh dimiliki pada harga serendah RM 125,000 sahaja.

Juga bacaSejarah Honda Accord: Kejayaan yang menerajui pasaran Honda di dunia

Waktu baru dulu sedan legenda ini dijual pada harga RM 170,000. Kalau nak senang, anda boleh lihat terus di Carsome yang mana terdapat banyak unit terpakai yang dijamin dalam keadaan baik. Waranti selama 1 tahun pun pembeli akan dapat sekali.

Honda Accord
@wapcar_adrian Bajet RM130k, pilih Merc, BMW atau Honda? ? #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You – BLVKSHP

Source: Bajet RM 1.5k/bulan untuk kereta RM 130k? Lupakan saja BMW/Mercedes-Benz & beli Honda Accord ini!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *