Skuter bergaya ‘Adventure’ yang dipadankan dengan trenkuasa hybrid, Aveta VADV150 Hybrid (2023) memperoleh penarafan lima bintang Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) dengan penyerahan penarafan itu dilakukan di acara Malaysia Autoshow 2023, hari ini.
Dilancarkan pada pertengahan Mac tahun lalu, Aveta VADV150 Hybrid (2023) memperoleh penarafan oleh Miros itu selepas melepasi beberapa siri ujian yang ditetapkan.
Dijual pada harga RM 13,980 (asas), selain dipamerkan, pengunjung ke Malaysia Autoshow 2023 di Maeps turut berpeluang menunggang skuter berkenaan.
Penarafan lima bintang MyMAP terhadap Aveta VADV150 Hybrid (2023) sememangnya boleh dijangka kerana skuter berkenaan memang didatangkan dengan pelbagai ciri keselematan terkini.
Antara yang utama ialah teknologi SAF ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) selain turut menjadi skuter pertama di Malaysia yang dipadankan dengan sistem DVR iaitu sistem kamera di depan dan belakang.
Other Post You May Be Interested In
- Aviator Game Online > Play and Win Real Money
- North Carolina Corn Mazes: Perfect Fall Fun for the Family
- Типы мобильных приложений
- Advertising Through Seo – Rising Over The Ranks
- Популяризация интернет-площадки статьями
- Lumina Grand Showflat Tour: Discover What Luxury Really Means
- How to Secure Your Spot in Singapore’s Most Coveted EC: Lumina Grand
- LOCOMOTIVE DIESEL ENGINE PARTS
- ¿Qué es el guest posting y cómo hacerlo?
- RBL Bank Credit Card Online – Best way to save money for your next vacation.
- A safe experience of getting to know firearms
- Samsung Charging Problems
- Die Rolle mobiler RFID-Handheld-Computer bei der Optimierung von Lagern und Lieferketten
- The Role of Mobile RFID Handheld Computers in Warehouse and Supply Chain Optimization
- 6 To Be Able To Accelerate Fat Reduction And Drop Pounds
- Pinterest MP4 Downloader: A Comprehensive Guide
- Perodua 致力于发展纯电车和混合油电车,2024年量产 Perodua 首款 Hybrid!
- 3 model kereta terpakai popular sebagai kenderaan keluarga – Proton X70 dan… Toyota Yaris?
- Ready your checkbook! 5 cars you can buy for the 2024 Nissan GT-R’s ₱12.4M pricetag
- Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023
- 2024 Peugeot 2008 Facelift Revealed – When will the Philippines have it?
- Now a toy-sized concept, life-size Perodua EM-O Concept in 2024; not Daihatsu but 100 percent Malaysia-made EV-only platform
- Kawasaki KX250, KX250X (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023,’off-road sejati’ harga mula RM 35k!
- Proud to be Pinoy! Changan Philippines service experts to compete on global stage
- Danial Syahmi terlepas Pusingan 1 JrGP (2023), bakal jalani pembedahan akibat kecederaan!
- Tak perlu duduki semula ujian memandu untuk ‘renew’ lesen ‘mati’ – Ini syaratnya
- Dah boleh ‘renew’ lesen memandu 10 tahun, bayaran fi khas diskaun setahun
- Modenas Dominar D400 Adventure (2023) diumumkan, aksesori ‘Touring’ standard, harga RM 15.7k!
Seperti video dashcam yang ada dijual di pasaran, kamera depan dan belakang itu turut bertindak sebagai perakam video tunggangan. Rakaman video itu boleh dilihat di panel meter TFT bersaiz 7 inci yang juga lengkap dengan pelbagai informasi lain.
Selain itu, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut didatangkan dengan sistem lampu hadapan adaptif (AFS) yang menyaksikan ia boleh melaraskan pancaran cahaya secara automatik berdasarkan kelajuan dan sudut tunggangan.
Mengulas trenkuasa, ia dijana enjin Hybrid bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC bersama transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 16.2 HP dan tork 14.6 Nm.
Menerusi teknologi ‘Hybrid’, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut mendapat penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan visor angin boleh laras, kapasiti tangki bahan api besar 9.3 liter dan sistem kunci pintar.
Tiga pilihan warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia ialah Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby.
Juga baca: Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k!
Source: Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023!