App MBJB Spot v2 mudahkan pengguna bayar parkir, kompaun, sewa petak dan lihat CCTV trafik

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperkenalkan aplikasi pengurusan tempat letak kereta untuk peranti mudah-alih, MBJB Spot v2, yang membolehkan pengguna berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bandaraya berkenaan secara digital sepenuhnya.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman, berkata, pengenalan aplikasi MBJB Spot v2 adalah selaras dengan inisiatif bandar raya pintar di Johor Bahru menerusi transformasi digital dalam perkhidmatan, selain mempraktikkan kaedah pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat.

Antara urusan secara ‘online’ yang boleh dilakukan menerusi aplikasi MBJB Spot v2 termasuklah:

Other Post You May Be Interested In

  • Bayaran kupon letak kereta menerusi pas setiap jam, harian, mingguan, dan bulanan. Penggunaan kupon parkir dihentikan bermula 1 Jun 2023, akan dilaksanakan secara digital sepenuhnya selepas itu.
  • Semakan dan bayaran kompaun bagi kesalahan letak kereta dan lalu lintas
  • Maklumat seperti tempat letak kereta swasta, lokasi dewan serbaguna, gerai-gerai di bawah kendalian MBJB
  • Permohonan dan pembayaran sewa petak sementara/petak rizab bagi penjaja dan premis perniagaan
  • Melihat situasi trafik di pusat bandar menerusi integrasi aplikasi dengan sistem i-Trafik.
  • Paparan 300 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan seliaan MBJB. MBJB akan memasang 500 unit CCTV tambahan di kawasan tumpuan dan panas di sekitar Johor Bahru dalam tahun ini.
  • Makluman dan berita terkini berkaitan MBJB

Setakat ini, aplikasi MBJB Spot v2 telahpun menerima 400,000 pengguna berdaftar dan diharap semua warga serta pengunjung Johor Bahru boleh memanfaatkan aplikasi ini.

Berita berkait:

Anda diperhatikan! MBSP pantau kesalahan orang awam, tegur ‘on the spot’ melalui CCTV

3,000 unit CCTV dipasang di KL untuk pantau trafik di ibu kota. Jangan buat hal!

Source: App MBJB Spot v2 mudahkan pengguna bayar parkir, kompaun, sewa petak dan lihat CCTV trafik

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *