Adakah Proton patut ambil Geely Binrui Cool selepas S50 tiba nanti? – 191 PS/290 Nm, harga RM 61k

Anda pasti dah kenal dengan Proton S50 kerana ia telah menjadi satu topik perbualan yang hangat dalam kalangan fanatik kereta tempatan. Tetapi tahukah anda bahawa sepupu dia sebenarnya lagi ranggi dan model tersebut adalah Geely Binrui Cool.

Kalau anda nak tahu, Binrui sendiri adalah produk yang lebih ‘atas’ daripada Emgrand.

Apapun, ia tetap menggunakan platform BMA (B-segmen Modular Architecture) iaitu asas sama yang digunapakai pada Proton X50. Secara mata kasar, penampilan Binrui Cool memakai tema ‘Racing Storm’ dan ia benar-benar nampak garang. Selain rupa paras, nadinya juga lebih hebat daripada Binrui biasa.

Dari segi teknikal, Geely Binrui Cool (S50 R3?) menggunakan enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork. Kuasa dipadankan ke roda depan melalui DCT 7 kelajuan.                               

Menurut Geely, pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 7.1 saat. Penggunaan petrolnya pula (kitaran WLTC) hanya setakat 5.9 liter/100 km.

Selain itu, sentuhan unik turut beransur pada bahagian dalam yang mana ia didominasikan oleh infotainment 12.3 inci dan kluster digital 10.25 inci. Kalau anda perhati betul-betul, grafik paparannya sendiri dilihat lebih kurang sama dengan Proton X90.

Antara ciri yang ada termasuklah lampu pencahayaan suasana 72-warna.

Dari segi keselamatan, Geely Binrui Cool lengkap dengan ADAS yang merangkumi ciri:

  • Kawalan pelayaran adaptif (ACC)
  • Lane keeping assist (LKA)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Lane departure prevention (LDP)
  • Emergency lane keeping assist (ELKA)
  • Intelligent cruise control (ICC)
  • Traffic jam assist (TJA)
  • Autonomous emergency braking (AEB, dengan pengesan pelintas jalan dan motosikal)
  • Intelligent high-beam control (IHBC)
  • Speed limit reminder function (SLIF)
  • Traffic sign recognition (TSR)

Dengan ciri yang banyak serta rupa paras yang ranggi, harganya pasti mahal kan? Tidak juga. Di China, harga sebenarnya bermula dari 94,800 RMB (~RM 61,225) ke 109,800 RMB (~RM 70,793).

Jadi, adakah ini apa yang patut Proton bawa masuk selepas S50? Mungkin sebagai S50 R3? Sama-samalah kita tunggu selepas model X90 dan S50 tiba dalam pasaran Malaysia nanti.

Juga bacaSpyshot: Proton S50 1.5T 2023 dengan gril ‘Infinite Weave’, bakal dilancar selepas X90?

Source: Adakah Proton patut ambil Geely Binrui Cool selepas S50 tiba nanti? – 191 PS/290 Nm, harga RM 61k

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *