Vulcan S (2023) masuk pasaran Malaysia bulan depan, guna lencana Modenas, harga bawah RM 40k?

Selepas sekian lama menunggu, timbul satu perkhabaran mengujakan apabila motosikal ‘Kruiser’ popular, Kawasaki Vulcan S (2023) dikhabarkan akan membuat debutnya di pasaran tempatan seawal bulan depan dan berkemungkinan besar, menggunakan lencana Modenas.

Seperti diketahui dan mengikuti perjanjian membabitkan Kawasaki dan Modenas, semua model bawah 650 cc jenama Jepun itu seperti Vulcan S akan dijenamakan semula sebagai Modenas. 

Kepada yang tidak tahu, maklumat berkenaan bukanlah rahsia dan disuarakan sendiri bos besar Modenas sendiri, Roslan Roskan ketika lawatan media ke kompleks pemasangan serba moden Modenas di Gurun, Kedah, tahun lalu.

Dan menerusi kerjasama Modenas/Kawasaki itu, pihak Modenas pada tahun lalu memperkenalkan ‘projek’ sulungnya menerusi pelancaran Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Justeru, bukan pelik ia akan dilancarkan sebagai Modenas Vulcan S (2023).

Seperti ketiga-tiga model berkenaan, Modenas Vulcan S (2023) bakal menjadi model pertama Modenas dalam segmen 650 cc kerana ia berkemungkinan besar adalah model pemasangan tempatan (CKD) di Gurun.

Dan menurut maklumat lanjut daripada sumber yang diperoleh, motosikal bergaya Kruiser itu akan dijual pada harga bawah RM 40k.

Other Post You May Be Interested In

Tidak diketahui sama ada beberapa varian yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, begitupun, ia menurut sumber, ia adalah versi terkini model berkenaan seperti yang dijual di pasaran jiran, termasuk dari sudut rekaan.

Mengulas spesifikasi trenkuasa, Vulcan S dijana enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Berdasarkan informasi dari Kawasaki Indonesia, ia menghasilkan kuasa setinggi 61 PS pada 7,500 rpm dan tork 63 Nm pada 6,600 rpm.

Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork teleskopik konvensional 41 mm (depan) dengan penyerap hentak tunggal boleh laras di bahagian belakang. 

Sistem henti pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 300 mm dengan kaliper 2 Piston (depan) dancakera tunggal 250 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Informasi lain seperti dalam katalog Kawasaki Indonesia mengenai Vulcan S adalah ia mempunyai berat 223 kg, tangki bahan api 14 liter, ketinggian pelana 705 mm dan panel meter gabungan digital/analog.

Setakat ini, pihak Modenas masih menutup mulut ketika ditanya namun apabila kami memperoleh informasi lebih lanjut, kami akan pantas melaporkannya kepada anda. Jadi, harap bersabar.

Source: Vulcan S (2023) masuk pasaran Malaysia bulan depan, guna lencana Modenas, harga bawah RM 40k?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *