ARRC: Jaguh Honda, Zaqhwan sasar pertahan gelaran ASB1000 2023, dapat gandingan baru di HADR!

Tiba di pit perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2023 sebagai penyandang juara kelas elit ASB1000, pelumba berbakat negara, Zaqhwan Zaidi meletakkan sasaran getir mengekalkan kejuaraan yang menjadi miliknya pada tahun lalu itu.

Zaqhwan Zaidi

Untuk musim ini, pelumba yang mencipta nama bersama Honda itu kekal beraksi bersama pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA (HADR), pasukan yang tercipta hasil kerjasama anak syarikat Honda di Asia dan Oceania.

Tahun ini, Zaqhwan akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharu tapi masih pelumba kelahiran Indonesia iaitu juara kelas SS600 musim lalu, Andi Farid Izdihar.

“Sasaran saya pada tahun ini adalah sama seperti tahun lalu iaitu saya ingin mempertahankan gelaran yang saya miliki,” kata Zaqhwan yang juga bekas pelumba yang pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2.

“Saya tahun ia pasti akan lebih mencabar, lebih tekanan tapi bagi saya, saya menggemari perasaan ini. Segala cabaran dan tekanan akan membuatkan saya lebih fokus dan lebih kuat untuk berjuang.

Other Post You May Be Interested In

“Saya akan melakukan yang sebaik mungkin untuk meningkatkan keserasian saya bersama jentera. Saya akan bekerja keras untuk mencapai sasaran saya itu pada musim ini.”

Tahun lalu, kejayaan Zaqhwan begitupun boleh dikatakan ‘dibantu’ kecederaan yang dihadapi pelumba Jepun, Haruki Noguchi yang memaksanya melupakan perlumbaan terakhir di Buriram.

Tanpa kehadiran Noguchi, Zaqhwan menjulang kejuaraan dengan meraih 157 mata secara keseluruhan manakala pelumba Jepun itu kekal dengan 154 mata.

Selain ARRC, HADR turut merancang untuk beraksi dalam beberapa lagi kejuaraan elit antaranya perlumbaan MFJ All Japan Championship Road Race dan perlumbaan ketahanan FIM Suzuka 8 Hours Endurance Road Race.

Pengurus pasukan HADR, Makoto Tamada yang juga bekas pelumba MotoGP Jepun berkata dia yakin dengan kemampuan barisan pelumba pasukan itu musim ini terutama Zaqhwan yang meraih gelaran keseluruhan sekalipun ia adalah musim debutnya bersama jentera Honda CBR1000RR-R.

Juga baca: ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram!

Source: ARRC: Jaguh Honda, Zaqhwan sasar pertahan gelaran ASB1000 2023, dapat gandingan baru di HADR!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *