Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia – kosmetik & kelengkapan dipertingkat, ‘diff-lock’ kini standard

Isuzu Malaysia Sdn Bhd sebentar tadi baru sahaja memperkenalkan Isuzu D-Max model 2023 ke pasaran kita. Secara amnya, trak pikap yang terjual hampir dua kali ganda pada tahun 2022 ini menerima beberapa peningkatan dalam aspek kosmetik dan kelengkapan.

Juga bacaD-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru – jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021

Dari segi varian dan harga, penawaran Isuzu D-Max 2023 adalah seperti di bawah:

  • 3.0 X-Terrain 4×4 (AT) – RM 150,938.40
  • 3.0 Premium 4×4 (AT) – RM 135,638.40
  • 1.9 Premium 4×4 (AT) – RM 129,149.20
  • 1.9 Standard 4×4 (AT) – RM 111,499.20
  • 1.9 Plus 4×2 (AT) – RM 105,466.20
  • 1.9 Standard 4×4 (MT) – RM 104,099.20
  • 3.0 Single Cab 4×4 (MT) – RM 101,888.40
  • 1.9 Single Cab 4×4 (MT) – RM 94,949.20

Secara keseluruhan, harga Isuzu D-Max 2023 menyaksikan peningkatan sebanyak RM 2,000 ke RM 4,000.

Bercakap mengenai pembaharuan, differential belakang elektronik kini didatangkan standard (kecuali pada varian 4×2) dan semua varian juga diperbaharui dengan gril lebih moden yang ada sentuhan warna carbon-look. Eksklusif untuk dua varian teratas pula adalah rim 18 inci matte baru.

Selain itu, varian Premium dan X-Terrain juga menerima pilihan warna baru iaitu Islay Gray Mica dan Dolomite White Pearl.

Pembaharuan pada varian bawah seperti Standard dan Plus pula merangkumi rim 17 inci baru dan pilihan warna Sapphire Blue yang ada pada varian Standard AT, Plus AT dan Premium AT pula diganti dengan Biarritz Blue Metallic.

Masuk ke bahagian dalam, varian X-Terrain diperbaharui dengan ciri lampu ambient lighting warna biru serta trim dan jahitan berwarna Café Brown. Satu lagi pembaharuan pada varian mercu ini adalah dashcam depan dan belakang. Menariknya, dashcam depan diintegrasikan terus dengan modul ADAS (ADAS hanya ada pada varian X-Terrain).

Untuk mereka yang nak tahu, saiz kad memorinya adalah 64 GB dan rakaman boleh terus dihantar ke telefon anda secara nirwayar melalui aplikasi spesifik.

Di samping itu, varian Plus AT, Premium dan X-Terrain dikemaskini dengan pengecas nirwayar jenis pantas berkapasiti 15W. Dua varian teratas pula menambah ciri port pengecasan pantas USB-C yang terletak bersebelahan dengan bekas pengecas nirwayar tersebut.

Varian paling bawah iaitu Single Cab pula kini lengkap dengan kemasukan tanpa kunci dan soket kuasa 12V.

Secara amnya, tempat duduk pada semua varian juga menerima reka bentuk baru.

Menariknya, mungkin disebabkan permintaan, hanya varian 3.0 Premium sahaja yang menerima peningkatan pada suspensi belakang yang mana beban muatan yang boleh dibawanya telah dinaikkan daripada 580 kg kepada 775 kg.

Apapun, trenkuasa Isuzu D-Max 2023 kekal sama yang mana varian 1.9 menggunakan enjin turbodiesel yang berkuasa 150 PS/350 Nm, manakala varian 3.0 dengan output 190 PS/450 Nm. Transmisinya juga kekal dengan pilihan 6 kelajuan automatik atau manual.

Begitu juga dengan waranti yang mana varian X-Terrain kekal dengan penawaran 7 tahun tanpa had perbatuan, manakala yang lain selama 5 tahun / 150,000 km.

Juga bacaIsuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia – RM 147k, kini dengan 3 ciri baru!

Source: Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia – kosmetik & kelengkapan dipertingkat, ‘diff-lock’ kini standard

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *