Kawasaki Motor Indonesia perkenal siri KLX150 (2024), 3 varian, harga mula RM 9.4k, ada peluang masuk Malaysia?

Kawasaki sememangnya handal dalam segmen ‘lasak’ di pasaran seberang. Mungkin kedengaran sedikit aneh namun Kawasaki Motor Indonesia (KMI), baru-baru ini melancarkan versi terbaharu (2024) dalam siri Kawasaki KLX150 di pasaran negara berkenaan.

Diperkenalkan sempena acara Kawasaki Bike Week, awal bulan ini, tiga varian Kawasaki KLX150 (2024) diperkenalkan dengan perincian seperti berikut:

Kawasaki KLX150 S (2024)

  • Pilihan warna: Lime Green, Ebony
  • Harga: Rp 32,9 juta (RM 9,496)
Kawasaki KLX150 (2024)

Kawasaki KLX150 (2024)

  • Pilihan warna: Lime Green
  • Harga: Rp 36,5 juta (RM 10,537)
Kawasaki KLX150 S (2024)  

Kawasaki KLX150 SE (2024)  

  • Pilihan warna: Vivid Orange/Ebony, Neon Green/Ebony, Delight Blue/Ebony, Shiny Yellow/Oriental Blue
  • Harga: Rp 39,5 juta (RM 11,403)
Kawasaki KLX150 SE (2024)  

Sekalipun tiba sebagai model 2024, tiada perubahan yang dilakukan dari sudut trenkuasa, mahupun rekaan keseluruhan terhadap antara model ‘laku keras’ Kawasaki di Indonesia ini berbanding versi terdahulu.

Other Post You May Be Interested In

Di bahagian trenkuasa, ia menggunakan enjin bersesaran 144 cc, 1 silinder, 2 Injap, Karburator, Penyejuk Udara, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 12 PS pada 8,000 rpm dengan tork 11.3 Nm pada 6,500 rpm.

Dan sebagai varian teratas, Kawasaki KLX150 SE (2024) datang dengan lebih banyak ‘jajan’ selain daripada pilihan warna lebih unik serta corak grafik yang lebih menarik. 

Antaranya adalah rekaan ‘mud guard’ depan dan belakang yang lebih berlekuk tetapi paling menarik suspensi depan menggunakan fork jenis terbalik (USD) berwarna emas dengan jarak travel lebih tinggi 185 mm berbanding 175 mm.

Selain itu, set roda depan dan belakang versi terdahulu juga berbeza dengan Kawasaki KLX150 SE (2024) menggunakan rim 21 inci (terdahulu 19 inci) dan 18 inci di belakang (terdahulu 16 inci).

Justeru, Kawasaki KLX150 SE (2024) memiliki jarak lega lebih tinggi berbanding versi sebelum iaitu 300 mm berbanding 265 mm.

Informasi lain adalah seperti berat 118 kg, kapasiti tangki bahan api 6.9 liter, penggunaan lampu depan jenis LED dan panel meter digital LCD penuh.

Kawasaki KLX150 SE (2024)  

Di pasaran Malaysia, tiada sebarang ‘angin’ kedengaran mengenai kehadiran siri KLX ke pasaran tempatan setakat ini tetapi ia pastinya berada dalam perancangan pihak Kawasaki Malaysia yang berwajah baru.

Juga baca: KMI tayang seragam Merah-Putih Kawasaki Ninja ZX-25R 2022, semarak semangat patriotik di Indonesia!

Source: Kawasaki Motor Indonesia perkenal siri KLX150 (2024), 3 varian, harga mula RM 9.4k, ada peluang masuk Malaysia?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *