Yamaha Thailand kemas kini Yamaha Aerox (2023), ‘NVX’ jiran dapat warna baru, harga RM 9.3k!

Skuter bergaya ‘Sporty’ popular Yamaha, Yamaha Aerox (2023), model yang turut dikenali sebagai Yamaha NVX 155 di pasaran Malaysia mendapat kemas kini terbaharu di pasaran jiran, Thailand.

Dark Blue

Di pasaran Thailand, dua varian Yamaha Aerox (2023) ditawarkan iaitu Standard dan ABS. Perincian membabitkan pilihan warna baharu dan harga seperti berikut:

Yamaha Aerox (2023) Standard

  • Harga: THB 72,500 (RM 9,309)
  • Pilihan warna: Neon Grey, Sporty White
Deep Purple

Yamaha Aerox (2023) ABS

  • Harga: THB 83,500 (RM 10,721)
  • Pilihan warna: Deep Purple, Dark Blue
Sporty White

Sedikit mengecewakan, selain pilihan warna baharu, tiada perubahan lain dijalankan terhadap skuter yang didakwa Yamaha memiliki prestasi dan nisbah kuasa ke berat terbaik dalam kelasnya ini.

Neon Grey

Trenkuasanya kekal dengan enjin BlueCore bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan teknologi VVA yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Angka kuasa yang dihamburkan adalah 15.2 Hp pada 8,000 rpm dengan tork 13.9 Nm pada 6,500 rpm. 

Sebagai skuter bergaya ‘Sporty’, Yamaha Aerox turut dilengkapi pelbagai ciri menarik seperti sistem lampu LED termasuk lampu siang (DRL), Smart Key System, sistem Stop & Start (varian ABS sahaja), soket pengecas bateri telefon bimbit.

Panel meter digital juga lengkap dengan teknologi canggih Y-Connect.

Seperti namanya, varian ABS skuter ini turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di roda depan dengan brek belakang kekal menggunakan jenis dram dan untuk varian ABS juga, suspensi belakang kini memiliki ‘Sub-Tank’.

Informasi lain adalah seperti ruang simpanan bawah pelana seluas 25 liter dan kapasiti tangki bahan api 5.5 liter.

Di pasaran tempatan, Yamaha NVX 155 (2022) yang dijual dalam dua varian mendapat kemas kini terbaharu pada Oktober tahun lalu dan dijual pada harga bermula RM 9,596 (asas).

Source: Yamaha Thailand kemas kini Yamaha Aerox (2023), ‘NVX’ jiran dapat warna baru, harga RM 9.3k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *