Top Cash For Car Melbourne: The Ultimate Guide

Kenderaan EV dan hibrid disasar 15 peratus daripada jualan keseluruhan Malaysia menjelang 2030 – Tengku Zafrul

Objektif yang ditetapkan oleh kerajaan adalah untuk kereta elektrik (EV) dan hibrid mewakili 15% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kos EV masih mahal jika dibandingkan dengan kenderaan konvensional, tetapi trend global menunjukkan kosnya semakin berkurangan.

“Jika permintaan (EV) tinggi, ia akan mengundang kepada skala ekonomi dan kita berharap harganya akan turun. Justeru, saya optimis dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas akan dapat menurunkan harga EV pada masa akan datang.

“Sasaran kita ini bukan hanya membabitkan EV, tetapi turut merangkumi kereta hibrid, jadi kita yakin sasaran ini mampu untuk dicapai,” katanya.

Beliau yang turut hadir dalam pelancaran model Mercedes-Benz EQS 500 4Matic yang dipasang secara tempatan. Berharga dari RM 648,888, model CKD ini adalah RM 50k lebih murah daripada model CBU.

Menurut Tengku Zafrul, Malaysia telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya melalui langkah-langkah asas, selain menggunakan ekosistem EV semasa dan memastikan ketersediaan kakitangan yang berkelayakan.

Malaysia merupakan salah satu hab pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) yang terkemuka dan lebih maju di ASEAN.

Antara model hibrid yang sering dilupakan

“Semua ini memberi petanda baik bagi pelabur yang ingin membantu kami membangunkan industri EV yang berdaya maju di Malaysia, yang akan menyokong sasaran pelepasan sifar karbon bersih Malaysia menjelang 2050.

“Untuk tujuan ini, pelancaran Mercedes-Benz bagi kereta elektrik bateri penuh pemasangan tempatan pertamanya adalah baik untuk Malaysia.

“Ia meningkatkan keupayaan industri domestik dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pelaburan, yang akan meningkatkan kadar penggunaan tempatan untuk EV,” katanya.

Beliau menambah, ia juga seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dan menggalakkan kecemerlangan dalam industri EV Malaysia.

“Ini secara langsung memberi manfaat kepada industri sub dan pembekal untuk penyumberan kandungan tempatan, justeru meningkatkan keseluruhan perniagaan, pelaburan dan prospek ekonomi Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, EV akan terus menjadi pemangkin bagi industri automotif kerana lebih banyak dana, pelaburan dan insentif cukai menjurus ke arah ekonomi pekeliling dan teknologi hijau,” katanya.

Ketika ini, jualan kenderaan elektrik dan hibrid adalah kurang daripada 2% daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan pada tahun 2022.

Baca: MAA: 19,988 unit kenderaan hibrid terjual di Malaysia tahun lepas, meningkat 162 peratus berbanding 2021

Source: Kenderaan EV dan hibrid disasar 15 peratus daripada jualan keseluruhan Malaysia menjelang 2030 – Tengku Zafrul

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *