KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k!

KTM mencipta kejutan dengan menghasilkan jentera istimewa menerusi kerjasama dengan syarikat ‘tuning’ kenderaan berprestasi tinggi Jerman, Brabus dikenali KTM Brabus 1300 R Edition, tahun lalu dan versi terbaharu motosikal ‘Naked’ itu ditayang, baru-baru ini.

Seperti kebanyakan model istimewa dan edisi terhad lain, KTM Brabus 1300 R Edition yang menggunakan platform KTM 1290 Super Duke Evo itu cukup laris dan hanya memakan masa kurang sejam untuk habis ditempah. 

Dan buat yang menunggu peluang, model berkenaan kembali di pasaran bagi versi 2023 dan menariknya, ia terlebih dulu ditayangkan di Vietnam dan bukannya Eropah.

Secara keseluruhan, hanya 290 unit motosikal berkenan dihasilkan dan dipecahkan kepada dua pilihan warna Superblack (145 unit) dan Stealth Gray juga 145 unit.

Tiada perbezaan ketara membabitkan rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa KTM Brabus 1300 R Edition (2023) berbanding versi terdahulu namun ada beberapa perubahan di bahagian komponen yang diganti dengan fiber karbon dan CNC, perincian pelana dan set rim.

Other Post You May Be Interested In

Di bahagian trenkuasa, KTM Brabus 1300 R Edition (2023) menggunakan enjin bersesaran 1,301 cc LC8, V-Twin yang menghasilkan kuasa setinggi 180 Hp pada 9,500 rpm dan tork 140 Nm pada 8,000 rpm. 

Sebagai jentera berprestasi tinggi, KTM Brabus 1300 R Edition (2023) turut memiliki lima mod tunggangan ‘Street’, ‘Sport’, ‘Rain’, ‘Performance’ dan ‘Track’ sebagai kemudahan pengguna.

Sistem suspensi menggunakan fork USD jenama WP Apex semi-aktif yang lengkap dengan ciri pelarasan (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) juga dengan ciri pelarasan.  Sistem brek pula menggunakan cakera kembar (320 mm) depan dan cakera tunggal bersaiz 240 mm belakang.

Dijual pada harga 42,500 Euro (RM 199,507), motosikal berkenaan hanya boleh dibeli menerusi pra-tempahan atas talian yang dijadual mula dibuka esok (16 Februari).


 

Source: KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *