Nissan Livina X-Gear terpakai dari RM 56k, SUV “rare” yang lebih murah dan gagah daripada Ativa?

Ramai yang tak tahu, Nissan Grand Livina yang popular sebagai MPV yang mampu memuatkan sehingga 7-penumpang, boleh didapati dalam varian Nissan Livina X-Gear – SUV berkemampuan dengan 5-tempat duduk.

Apabila Nissan Livina X-Gear diperkenalkan pada tahun 2011, ia berdiri berasingan daripada Nissan Grand Livina standard kerana bentuknya yang tersendiri, pelapisan sisi badan yang tebal, dan over-fender yang elegan.

Nissan Livina X-Gear

 

Enjin 4-silinder 1.6 liter aspirasi semula jadi DOHC HR16DE semua aluminium dengan teknologi drive-by-wire bertanggungjawab menggerakkan X-Gear. Ia menghasilkan 103 PS kuasa kuda pada 5,200 rpm dan 150 Nm tork pada 4,400 rpm, dengan kadar penggunaan minyak serendah 7.2 liter / 100km.

Other Post You May Be Interested In

Model pasaran Thailand. Kredit: Digital Next

Harga Nissan Livina X-Gear ialah RM84,800 ketika ia baharu dikeluarkan. Unit terpakai yang ditemui di laman web Carsome berharga RM 56,200 untuk tahun 2018.

Sesetengah pihak akan mempersoalkan kenapa tak “top up” sikit untuk Perodua Ativa X (varian asas) yang cuma sekitar RM 62,500? Untuk pertanyaan ini, kami bagi Adrian menjawabnya untuk anda!

@wapcar_adrian Top up sikit boleh dapat Perodua Ativa 1.0 X, hmmm… #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You – BLVKSHP

Baca: ‘Fresh grad’ baru kerja kena beli Proton/Perodua sahaja? VW Polo Mk5 RM 35k pun boleh!

Source: Nissan Livina X-Gear terpakai dari RM 56k, SUV “rare” yang lebih murah dan gagah daripada Ativa?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *