WSBK: Pasukan ‘kilang’ Honda HRC perkenalkan seragam musim 2023, ada pelekat ‘Satu Hati’!

Pasukan HRC (Honda Racing Corporation) mendedahkan seragamnya bagi kempen Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim ini yang meneruskan tradisi ‘tricolor’ Honda bersama sasaran menjadi ‘muka biasa’ di podium.

Kekal dengan skema warna Merah, Biru dan Putih, tetapi apa yang paling mendapat perhatian pastinya kehadiran pelekat ‘Satu Hati’ dan ‘One Heart’ yang menandakan kehadiran PT Astra Honda Motor Indonesia sebagai salah satu penaja utama.

Selain itu, HRC turut mengumumkan pasukan itu akan ‘membuka’ garaj di pit pasukan, lokasi yang dianggap ‘super rahsia’ kepada mana-mana pasukan terutama perlumbaan elit kepada orang ramai secara atas talian.

Seperti musim lalu, Pasukan HRC yang menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade mempertaruhkan dua pelumba Iker Lecuona dan Xavi Vierge. Sebagai rekod, ini adalah musim kedua buat kedua-dua bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia itu selepas bergelar ‘rookie’ pada tahun lalu.

Pada musim lalu, Pasukan HRC sekadar meraih satu keputusan podium di Assen, Belanda dan menghuni tangga tercorot kategori pengeluar di belakang juara Ducati, Yamaha, Kawasaki dan BMW.

Sekalipun berpuas hati dengan apa yang dicapai dua pelumbanya musim lalu, tetapi sasaran yang diletakkan pada musim ini, menurut Pengurus Pasukan, Leon Camier adalah mancapai keputusan yang lebih bagus secara keseluruhan.

“Sasarannya adalah untuk meningkat secara keseluruhan, kedua-dua jentera dan pasukan dan kami bersedia menyahut cabaran itu. Kelajuan kami dengan Fireblade sentiasa bagus tetapi kami perlu meningkatkan prestasi dalam beberapa kawasan. 

Iker Lecuona

“Apabila kamu mencuba komponen baharu untuk meningkatkan prestasi di sesuatu tempat, kamu kadangkala melihat ia mengurangkan prestasi di tempat lain. Ini adalah sesuatu yang Honda sedang kerja keras di Jepun tetapi kami yakin tahun ini akan menjadi satu langkah ke depan.

Xavi Vierge Zafra

“Untuk menjangkakan pergi daripada apa yang kami capai musim lalu kepada menjuarai kejuaraan pasti sesuatu yang amat sukar, tetapi ia masih sasaran utama kami, dan kami akan bekerja keras untuk mencapainya.”

Iker Lecuona
Xavi Vierge Zafra

Sebagai info, kepada peminat yang ingin mengunjungan ‘paddock’ HRC, ia boleh dilakukan di laman sesawang wsbk.hondaracingcorporation.com dan ia dibuka sepanjang tahun.

Source: WSBK: Pasukan ‘kilang’ Honda HRC perkenalkan seragam musim 2023, ada pelekat ‘Satu Hati’!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *