PDRM, PBT boleh akses data mySIKAP sejak 2007 lagi: boleh periksa e-LMM, e-LKM dengan mudah

Pengkalan data sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudahpun menjalani proses integrasi bersama pihak berkuasa lain sejak 2007 lagi bagi memudahkan proses penguatkuasaan. Maka, langkah pendigitalan Lesen Memandu Malaysia (e-LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (e-LKM) dianggap relevan dan memudahkan banyak pihak.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata data mySIKAP disepadukan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), membolehkan pihak berkuasa mengakses data pemandu dan kenderaan menerusi peralatan Mobile Computerized On-Line Payment System (MCOPS) yang dibekalkan kepada mereka.

Kenyataan ini adalah bagi mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, baru-baru ini berkaitan langkah pendigitalan LMM dan LKM yang dikhuatiri boleh menimbulkan masalah dalam penguatkuasaan oleh pihak berkuasa lain selain JPJ.

“Pihak JPJ juga ingin menegaskan bahawa projek pendigitalan ini merupakan projek rintis dan akan memastikan usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan inisiatif pendigitalan JPJ ini demi memastikan keberkesanannya,” katanya lagi.

Selain itu, tinjauan di media sosial juga mendapati orang ramai khuatir sekatan jalan raya (SJR) akan bertambah sesak jika penguatkuasa mengambil masa yang lama untuk memeriksa e-LKM dan e-LMM memandangkan cukai jalan fizikal sudah tidak wajib dipamerkan.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim, baru-baru ini menyatakan yang pihaknya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya pendekatan digital kerajaan.

Juga baca: Tak perlu lekat cukai jalan, lesen memandu juga boleh tunjuk dari app MyJPJ sahaja

Contoh e-LKM dan e-LMM di dalam app MyJPJ. Maklumat insurans kenderaan juga boleh didapati di sini

Juga baca: Pengguna tak sabar guna aplikasi myJPJ, boleh lapor kesalahan jalan raya secara terus!

Jelasnya, JSPT melalui peralatan MCOPS boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySIKAP JPJ atau paparan kod QR untuk semakan nombor kenderaan dan nombor kad pengenalan.

“Saya juga yakin pemeriksaan ketika sekatan jalan raya tidak terjejas. Sekiranya bermasalah, barulah semakan terperinci akan dibuat,” katanya kepada Sinar Ahad.

Source: PDRM, PBT boleh akses data mySIKAP sejak 2007 lagi: boleh periksa e-LMM, e-LKM dengan mudah

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *