‘Fresh grad’ baru kerja kena beli Proton/Perodua sahaja? VW Polo Mk5 RM 35k pun boleh!

Anda yang baru mula kerja pasti banyak terima nasihat untuk hanya pakai kereta jenama Proton atau Perodua kerana harganya paling murah. Nak jaga pun senang kerana tidak mudah rosak dan alat gantinya boleh didapati di mana-mana sahaja.

Tetapi bagaimana kalau anda memang tidak mahu kedua-dua jenama itu? Pendek kata, nak harga lebih kurang sama tapi jenama lebih gah? Jawapannya adalah Volkswagen Polo Mk5 terpakai. Walaupun sudah hampir 10 tahun, reka bentuk hatchback segmen B ini tetap nampak macam kereta baru.

Juga bacaHarapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia

Volkswagen pula terkenal dengan pemanduan yang rasa solid dan mutu binaan yang tinggi. Kalau nak banding dengan buatan Malaysia, sensasi pemanduan dan tahap keselesaannya jelas berbeza berbanding pesaing.

Juga baca0-100 km/j: Antara Myvi, Iriz, Jazz, Yaris, Mazda 2, dan Polo, yang manakah paling laju?

Kalau anda nak tahu, Volkswagen Polo tahun 2015 di Carsome boleh didapati pada harga sekitar RM 35k sahaja. Kiranya, bayaran bulanannya tidak sampai RM 400.

Volkswagen POLO

Dari segi nadi, ia menggunakan enjin 1.6L NA (105 PS, 153 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan Aisin. Transmisi DCT tiada, enjin turbo pun tiada. Jadi, kuranglah masalah.

Yang bestnya, selang servisnya adalah setiap 15,000 km, bukan 10,000 km macam kereta-kereta lain. Cumanya, kos servisnya memakan fulus lebih kurang RM 600. Lagi satu, setiap 4 tahun, hatchback kontinenal buatan Jerman ini perlu dibuat servis komprehensif dan kosnya boleh mencecah RM 3,+++.

Volkswagen Polo

Apapun, mereka yang baru bekerja yang tidak mahu membeli kereta buatan Malaysia pasti akan berpuas hati dengan Volkswagen Polo terpakai kerana ia memberi pengalaman pemanduan yang sedap dan rasa lebih istimewa.

Juga bacaReview Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya – Takde DSG, takde hal?

@wapcar_adrian Fresh grad hanya layak beli Proton Perodua? Tak semestinya ? #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You – BLVKSHP

Source: ‘Fresh grad’ baru kerja kena beli Proton/Perodua sahaja? VW Polo Mk5 RM 35k pun boleh!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *