Nombor plat FF 2 RM 638k pakai kat Perodua Bezza je? Disahkan gambar ‘edit’

Gambar sebuah Perodua Bezza bernombor pendaftaran/plat FF 2 mula tular di media sosial, dimana ramai netizen mempersoalkan bagaimana Bezza 1.3 X berharga RM 43,980 ‘mampu’ dipasang nombor plat berharga RM 638,000. Ternyata, ia hanyalah gambar ‘edit’.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim, berkata, pihaknya telah menjalankan semakan dan mendapati nombor plat asal Bezza terbabit ialah KFF 2 dan bukannya FF 2 seperti yang diwar-warkan di media sosial.

Gambar tular berkenaan disahkan telah disunting netizen, jelas beliau.

 

Hakikatnya, JPJ tiada isu kenderaan jenis apa sekalipun yang memakai nombor pendaftaran FF 2 tersebut, baik motosikal, kerana pihak kerajaan sudah menerima bayaran daripada pembida yang berjaya membida nombor plat itu di JPJ eBid.

Bagaimanapun, jika JPJ mendapati nombor pendaftaran sengaja dimodifikasi secara fizikal – contohnya dari KFF 2 kepada FF 2 – tindakan penguatkuasaan boleh diambil atas kesalahan pemalsuan nombor plat kenderaan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Source: Nombor plat FF 2 RM 638k pakai kat Perodua Bezza je? Disahkan gambar ‘edit’

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *