CFMoto 250SR (2023) di Malaysia dah ada warna baharu, harga asas kekal RM 16.8k?

CFMoto terus mengemaskini penawarannya di pasaran tempatan yang menyaksikan ‘Sportbike’, CFMoto 250SR (2023) memperoleh pilihan warna baharu yang dikatakan lebih eksklusif dan segar.

Lightspeed Gray

Dua pilihan warna itu adalah Starlight Black dan Lightspeed Gray bersama penawaran harga dijangka kekal pada angka RM 16,800 (asas).

Lightspeed Gray

Sekalipun tidak diumumkan secara rasmi oleh pihak CFMoto Malaysia, perkembangan itu diperoleh daripada maklumat yang dikongsikan pengedar jenama berkenaan menerusi laman sosial TR Motorworld Branch Cheras.

Starlight Black

Kepada yang mengikuti perkembangan model Sportbike 450 cc dari CFMoto, apa yang menarik adalah pilihan warna Starlight Black sememangnya mengikuti skema warna motosikal berkenaan yang turut dikatakan bakal menerjah pasaran tempatan.

Starlight Black

Di bahagian trenkuasa, CFMoto 250SR (2023) kekal dengan padanan enjin bersesaran 249.2 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Untuk tunggangan lebih tangkas, penukaran gear yang lebih lancar dan pantas, ia turut dilengkapi dengan klac ‘CF-SC Slipper’.

Kuasa yang dihamburkan motosikal yang memiliki dua mod tunggangan ini, SPort dan Eco adalah 27.5 Hp pada 9,750 rpm, dengan tork 22 Nm pada 7,500 rpm.

Di bahagian suspensi, motosikal ini menggunakan fork jenis terbalik (USD) 37 mm dan menyerap hentak tunggal di bahagian belakang. 

Sistem brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 232 mm dengan kaliper 4 angkup (depan) dan cakera tunggal 220 mm dengan kaliper 1 angkup belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Tangki bahan api 12 liter
  • Panel meter TFT digital
  • Sistem lampu LED
  • panel instrumen TFT 
  • Set roda: 110/70-R17 (depan) 140/60 R17 (belakang)

Sebagai info, CFMoto menjadi antara jenama yang akan bernaung di bawah syarikat MForce Bike Holdings (MForce) tetapi pengumuman rasmi masih belum dibuat atas beberapa sebab.

Source: CFMoto 250SR (2023) di Malaysia dah ada warna baharu, harga asas kekal RM 16.8k?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *