Keeway lancar Victoria 200, Shiny 150 (2023), lagi skuter ‘imbau memori’ masuki pasaran Thailand!

Keeway Thailand, baru-baru ini melancarkan dua model skuter, Keeway Victoria 200 dan Shiny 150 (2023) untuk bersaing dalam segmen skuter bergaya klasik retro yang kian popular di pasaran negara berkenaan.

Jika melihat kepada rekaan, Keeway Victoria 200 dan Shiny 150 (2023) sememangnya mengimbau rekaan era 60-an, terutama Keeway Victoria 200 (2023) yang turut menggunakan ‘tagline’ ‘Back to sixties’.

Ciri-ciri retro itu ditingkatkan menerusi skema warna dan corak grafik yang popular di era berkenaan.

Maklumat lanjut kedua-dua model adalah seperti berikut:

Trenkuasa Keeway Victoria 200 (2023) menggunakan enjin bersesaran 171.7 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 11.4 Hp pada 7,500 rpm dan tork 12 Nm pada 5,500 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan ciri pelarasan dan sistem brek cakera depan dan belakang. Sistem lampu menggunakan LED sepenuhnya, panel meter gabungan analog dan digital, penghidup elektrik dan pengecas USB.

Informasi lain:

  • Berat: 127 kg
  • Tangki bahan api: 10 liter
  • Set roda: 120/70-12 (depan dan belakang)
  • Tinggi pelana: 790 mm

Pilihan warna yang ditawarkan adalah 4 iaitu: 

  • Cyan Blue, Vermilion Red, Cloud Gray, Emerald Green
  • Harga: Belum diumumkan

Trenkuasa Keeway Shiny 150 (2023) menggunakan enjin bersesaran 149.6 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Ia menghamburkan kuasa 8.3 Hp pada 7,500 rpm dan tork 8.5 Nm pada 6,000 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera (depan) dan dram belakang. Sistem lampu menggunakan LED sepenuhnya, panel meter digital, penghidup elektrik dan pengecas USB.

Informasi lain:

  • Berat: 106 kg
  • Tangki bahan api: 5.6 liter
  • Set roda: 120/70-12 (depan dan belakang)
  • Tinggi pelana: 790 mm

Pilihan warna yang ditawarkan adalah 4 iaitu: 

  • Cherry Red, Sky Blue, Daisy White, Raven Black
  • Harga: THB 62,500 (RM 8,053)

Di pasaran Malaysia, jenama Keeway dibawa masuk oleh syarikat tempatan, MForce Bike namun ia tidak menawarkan produk seperti skuter, namun model bergaya ‘Cafe Racer’ dan Kruiser.

Source: Keeway lancar Victoria 200, Shiny 150 (2023), lagi skuter ‘imbau memori’ masuki pasaran Thailand!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *