USA jobs

RM 1.7 bilion diluluskan untuk lebarkan lorong Lebuhraya Karak – projek mula Jun 2023, dijangka siap 2027

Lebuhraya Karak, salah satu lebuh raya paling sibuk terutama pada musim perayaan, akan dinaiktaraf dengan pelebaran lorong dan pembinaan terowong tambahan – dijangka siap pada tahun 2027.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata, kerja pelebaran lorong di sepanjang lebuh raya itu dan pembinaan terowong akan bermula pada Jun 2022 dengan kos sebanyak RM 1.7 bilion, lapor Harian Metro.

Menurut beliau, sekitar 2 juta kenderaan menggunakan lebuh raya berkenaan untuk pulang ke Kelantan dan Terengganu ketika musim perayaan. Projek ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan aliran trafik pada waktu puncak.

Other Post You May Be Interested In

Terowong Lebuhraya KL-Karak, dibuka secara rasmi pada 7 Januari 1978. Kredit foto: FB

Abdul Rahman berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu (PKMMT) ke-47 di Kuala Terengganu semalam.

Pada Oktober 2022, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rancangan kerajaan untuk melebarkan Lebuhraya KL-Karak yang melibatkan laluan bermula daripada plaza tol Gombak sehingga ke plaza tol Bentong. Rancangan yang dibentangkan terdahulu termasuk lorong tambahan untuk mengurangkan kesesakan trafik ke Pantai Timur.

Tender projek pelebaran lorong dan pembinaan terowong Lebuhraya Karak sudahpun dikeluarkan, dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak digalakkan untuk menjalankan kerja-kerja naiktaraf ini pada musim perayaan bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Source: RM 1.7 bilion diluluskan untuk lebarkan lorong Lebuhraya Karak – projek mula Jun 2023, dijangka siap 2027

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *