Pengguna tak sabar guna aplikasi myJPJ, boleh lapor kesalahan jalan raya secara terus!

Susulan daripada pengumuman Kementerian Pengangkutan (MOT) mengenai pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu digital melalui aplikasi MyJPJ, ramai pengguna kini memeriksa dengan lebih dekat aplikasi tersebut.

Antara ciri yang menjadi perhatian adalah e-aduan@JPJ yang sudah pun diintegarasikan dalam aplikasi MyJPJ itu sendiri.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi e-aduan@JPJ bermula dengan aplikasi sendiri dan telah dilancarkan pada April 2022. Ia membolehkan pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk video dan gambar berkaitan sebarang kesalahan jalan raya.

Berdasarkan fungsi tersebut, terdapat beberapa kesalahan yang disenaraikan boleh dirakam oleh pengguna untuk tindakan undang-undang selanjutnya iaitu:

  • Gagal mematuhi lampu isyarat merah
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong barisan
  • Memotong sebelah kiri
  • Memotong garisan berkembar
  • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • No plat fancy
  • Cermin gelap
  • Tidak memakai tali pinggang keledar dan helmet

Pengguna kemudiannya perlu meletakkan butiran seperti tarikh dan waktu kesalahan sebelum memuat naik rakaman gambar atau video untuk tindakan lanjut oleh pihak JPJ.

Sebelum ini, pihak JPJ juga turut mempertimbangkan untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang melaporkan kesalahan trafik melalui aplikasi e-aduan@JPJ namun perkara ini masih belum dimuktamadkan.

Perlu diingatkan, penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali sewaktu memandu justeru jadilah pengguna yang bijak dengan memuat turan gambar atau video rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam).

Baca: JPJ pertimbang beri ganjaran jika lapor kesalahan trafik menerusi ‘app’ e-ADUAN

 

Source: Pengguna tak sabar guna aplikasi myJPJ, boleh lapor kesalahan jalan raya secara terus!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *