Semak semula cukai jalan berdasarkan cc enjin, kereta mewah masih bayar “roadtax” murah!

Mekanisme cukai jalan di Malaysia berdasarkan kapasiti enjin dilihat sudah tidak relevan lagi serta disarankan untuk digubal semula kerana teknologi enjin sudah jauh ke hadapan berbanding dahulu.

Penganalisis pengangkutan, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, ketika ini sudah banyak kenderaan mewah yang membayar cukai jalan rendah kerana memiliki cc rendah.

Accord 1.5L dan Camry 2.5L dalam satu segmen yang sama

“Banyak juga kenderaan lama yang terpaksa membayar cukai jalan mahal kerana mempunyai cc tinggi,” katanya dalam satu kenyataan bersama Utusan.

Mekanisme cukai jalan berdasarkan kapasiti enjin sebenarnya telah memaksa pengeluar untuk hadir dengan enjin berkapasiti rendah yang lebih berkuasa untuk digunakan pada kenderaan yang lebih besar.

Justeru, teknologi enjin baharu ini dilihat mengekploitasi pelaksanaan cukai jalan berdasarkan kapasiti enjin lantas ia tidak lagi relevan.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan menerima hasil lebih RM2 bilion setiap tahun daripada cukai jalan.

“Cukai jalan adalah satu cukai penting dan utama (kepada kerajaan). Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hampir RM4 bilion lebih setiap tahun dan sebahagian besar adalah daripada cukai jalan. Cukai jalan saja kalau tak silap saya ada lebih RM2 bilion.” ujarnya.

Oleh yang demikian, sebarang perubahan ke atas mekanisme kutipan cukai jalan perlu dilaksanakan dengan teliti supaya hasil pendapatan negara tidak terjejas.

Baca: Tak perlu lekat cukai jalan, lesen memandu juga boleh tunjuk dari app MyJPJ sahaja

Source: Semak semula cukai jalan berdasarkan cc enjin, kereta mewah masih bayar “roadtax” murah!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *