6 juta kenderaan keluar masuk Kuala Lumpur setiap hari, hanya 15% pengguna naik pengangkutan awam

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan satu analisis bahawa setiap hari, sebanyak purata 6 juta atau 85% kenderaan berada di dalam ibu negara.

Jelas Menteri Pengangkutan pula iaitu Anthony Loke, kajian yang dijalankan mendapati bahawa pada waktu puncak khususnya 6 – 9 pagi, jumlah kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur mencecah 2.2 juta.

Kata beliau, hanya 15% pengguna sahaja yang menaiki pengangkutan awam sedangkan sasaran dari Kementerian Pengangkutan adalah sekurang-kurangnya 40%. Dengan kesesakan yang boleh dibayangkan, kerajaan akan memperkenalkan laluan kontra buat tiga lokasi dan yang pertama adalah laluan Tol PLUS Sungai Besi ke persimpangan Besraya (dari selatan Kuala Lumpur) yang berjarak 2.4 km.

Yang kedua pula melibatkan pemanjangan laluan kontra dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught yang berjarak 4 km tetapi motosikal tidak dibenarkan. Dan yang ketiga adalah di Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak yang berjarak 3 km. Cumanya, yang ini hanya untuk pengangkutan awam seperti bas.

Contoh laluan kontra di kawasan persekitaran Lembah Klang.

Menurut Anthony Loke, ketiga-tiga laluan akan mula beroperasi pada 3 Julai ini. Apapun, pihak Prasarana akan terus membuat penambahbaikan infrastruktur terhadap pengangkutan awam untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut.

Menariknya, beliau memaklumkan bahawa ketika ini, terdapat 7 projek pembangunan yang memerlukan penutupan lorong. Ia dijangka selesai pada bulan Jun atau Ogos.

Jadi, pesanannya kepada DBKL adalah supaya tidak sewenang-wenangnya menutup lorong atau jalan kerana ia boleh mengakibatkan kesesakan teruk dan juga boleh mengundang kemalangan.

Source: 6 juta kenderaan keluar masuk Kuala Lumpur setiap hari, hanya 15% pengguna naik pengangkutan awam

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *