USA jobs

Jenama EV Neta Auto sedang bina kilang CKD di Thailand, kapasiti tahunan sehingga 20,000 kenderaan

Hozon New Energy Automobile Co, iaitu pengeluar kepada kenderaan jenama Neta Auto akan merasmikan pemasangan lokal (CKD) di Thailand.

Menurut CEO Neta Auto, Zhang Yong, syarikat itu akan bekerjasama dengan rakan lokal, Bangchan General Assembly Co Ltd. Kereta yang akan dipasang di Thailand nanti akan dijual di Thailand dan dieksport ke pasaran lain dalam rantau Asia Tenggara.

Untuk makluman anda, Neta Auto juga disokong oleh pengeluar bateri CATL. Kilang di wilayah Khan Na Yao di Thailand ini secara umumnya adalah fasiliti pemasangan pertama Neta Auto di luar negara. Mengikut garis masa, produksi tersebut akan bermula pada Januari 2024 dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 20,000 kenderaan.

Tahun ini sahaja, Neta Auto berancang untuk menjual 10,000 EV di Thailand. Perkara ini adalah sebahagian daripada matlamat lebih besar untuk menjual 300,000 kenderaan untuk tahun ini sahaja. Di samping itu, Neta Auto mempunyai pelan untuk menembus pasaran Timur Tengah dan Eropah.

Other Post You May Be Interested In

Kembali di Malaysia, pasaran kita telah menyaksikan pelancaran Neta V pada awal bulan ini dan ia secara rasminya EV paling mampu milik iaitu pada harga RM 99,800. 100 pembeli terawal pula mendapat baucar tunai RM 10,000, sekaligus mengurangkan harganya kepada RM 89,800.

Untuk pengetahuan anda, pengedar lokal Neta, Intro Synergy Sdn Bhd juga berminat untuk melancarkan SUV Neta U menjelang suku 2 2024 dan sedan Neta S menjelang 2025.

Juga bacaNeta V terima sehingga 100 tempahan ketika Malaysia Autoshow 2023, penghantaran bermula suku ke-3 2023!

Source: Jenama EV Neta Auto sedang bina kilang CKD di Thailand, kapasiti tahunan sehingga 20,000 kenderaan

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *