Spekulasi: Geely sedang mempersiapkan jenama baharu ke Malaysia, berkemungkinan besar model EV?

Geely baru-baru ini membuat keputusan untuk memindahkan semua pegangan ekuiti dalam Proton ke syarikat subsidiari, Linkstate Overseas Ltd, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kerjasama di antara kedua-dua pengeluar kenderaan ini.

Namun, DRB-HICOM, syarikat induk Proton, telah menyatakan bahawa peralihan ini tidak akan memberi kesan kepada operasi Proton.

Baca: Geely pindahkan kesemua pegangan ekuiti dalam Proton kepada syarikat sekutu

Sebaliknya, ia membolehkan Geely mempunyai kehadiran sendiri dalam pasaran Malaysia. Dengan pemindahan pegangan ekuitinya kepada anak syarikat, Geely mampu memperkenalkan jenama di bawah syarikat itu tanpa entiti persaingan di bawah konglomerat yang sama.

Dalam erti kata lain, Geely tidak boleh bersaing dengan “Geely” lantas pemindahan pegangan ekuiti kepada subsidiari.

Jika Geely kekal memegang ekuiti secara langsung dalam Proton, mana-mana jenama lain di bawah Geely tidak dapat memasuki pasaran Malaysia kerana pegangan secara langsung melalui Proton.

Menariknya, Geely telah mendaftarkan beberapa cap dagangan di Malaysia. Cap dagangan ini termasuklah jenama seperti Zeekr, Lynk & Co, dan Geometry. Proses pendaftaran cap dagangan ini bermula sekitar tahun 2020, dan ada beberapa daripadanya didaftarkan lebih terkini pada tahun 2022.

Walaupun Geely telah mengambil langkah-langkah ini, hampir pasti bagawa syarikat ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara. Kehadiran jenama baru memerlukan pelaburan yang besar dalam pemasaran, penubuhan jaringan pengedar jualan, dan mungkin juga akan diancam model Proton di pasaran.

Baca: Proton tubuh subsidiari baru Pro-NET bagi jualan, pengedaran Smart EV dan jaringan pengecas di Malaysia!

EV milik Geely, Milky Way L7

Oleh itu, menggunakan syarikat subsidiari mungkin merupakan pendekatan yang lebih selamat bagi Geely untuk memperkenalkan jenama baru..

Berdasarkan maklumat yang tersedia kepada umum, masih belum ada model baru berasaskan Geely selepas Proton S50. Satu-satunya pelaburan yang telah diumumkan ketika ini adalah kerjasama antara Geely dan DRB-HICOM untuk mempersiapkan kilang Tanjung Malim bagi pengeluaran kenderaan tenaga baru (NEV).

Baca: Geely akan melabur di Tanjung Malim dengan nilai RM 30 bilion bagi pembangunan AHTV

Source: Spekulasi: Geely sedang mempersiapkan jenama baharu ke Malaysia, berkemungkinan besar model EV?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *