EV Ora Good Cat 2023 di Malaysia dengan pilihan warna Pistachio Green – ini 18 gambar yang boleh goda mata

EV Ora Good Cat 2023 di Malaysia kini hadir dengan pilihan warna Pistachio Green. Secara amnya, ia diterapkan secara satu tona dan warna ini diibarat hijau pastel yang lebih ringan berbanding Verdant Green dwi-tona.

Bagi anda yang belum tahu, Ora Good Cat di pasaran kita ditawarkan dengan varian 400 Pro dan 500 Ultra, masih-masing pada harga RM 140,500 dan RM 170,000 (harga di atas jalan, tanpa insurans).

Mengenai warna baru yang disebutkan, ia didatangkan eksklusif untuk varian 500 Ultra. Sama seperti warna Verdant Green dan Hazel Wood Beige, warna bahagian interiornya mengikut warna eksterior. Bahagian dalamnya merangkumi penggunaan warna hijau dan krim, dengan sentuhan kemasan oren.

Untuk makluman anda, kemasan oren itu hadir pada warna eksterior Coral Blue, Hamilton White dan Sun Black.

Pilihan warna dwi-tona pula termasuklah Mars Red dan Hamilton White di mana kedua-dua warna mendapat bumbung berwarna hitam. Kalau anda nak tahu, warna eksklusif untuk Ora Good Cat Varian 500 Ultra ialah Verdant Green dengan bumbung putih dan Hazel Wood Beige dengan bumbung coklat.

Tetapi selain daripada itu, kelengkapan yang didatangkan kekal sama di mana secara standard, terdapat ciri intake gril aktif, lampu LED automatik (dengan sentuhan selamat datang untuk 500 Ultra), DRL LED, pengelap cermin automatik dan bumbung suria panoramik.

Juga bacaOra Good Cat jadi EV ‘terpilih’ dalam pelancaran stesen mengecas TNB Electron di R&R PLUS

Di samping itu, terdapat ciri pelaras kuasa 6-hala untuk tempat duduk pemandu dan pelaras manual 4-hala untuk tempat duduk penumpang serta fungsi urut dan memori yang khas buat tempat duduk pemandu bagi varian 500 Ultra.

Antara ciri lain yang ada termasuklah 5 port USB, fungsi nyahkabus, pengecas nirwayar, penyaman udara automatik dan sistem penapis udara PM 2.5.

Dari segi teknologi, kabin Ora Good Cat didominasikan oleh kluster digital 7 inci dan infotainment 10.25 inci yang menyokong Android Auto/Apple CarPlay.

Beralih ke aspek keselamatan, Ora Good Cat 2023 dilengkapkan dengan ciri:

  • Adaptive cruise control (ACC)
  • Intelligent cruise assistance (ICA)
  • Traffic jam assist (TJA)
  • Front collision warning (FCW)
  • Autonomous emergency braking + intersection (AEB)
  • Low speed emergency braking (LSEB)
  • Lane keeping assist (LKA)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Lane centring assist (LCA)
  • Wisdom dodge system (WDS)

Varian 500 Ultra pula menambah auto-reverse assistance (ARA), fully-automatic integrated parking (FAIP), emergency lane keeping (ELK), lane change assist (LCA) dan blind spot detection (BSD), sekaligus mengiktiraf hatchback EV ini dengan kemampuan pemanduan semi-autonomi Tahap 2+.

Bercakap mengenai EV, kedua-dua varian menggunakan motor elektrik depan (FWD) yang menghasilkan 143 PS dan 210 Nm tork.

Dari segi punca kuasa, varian 400 Pro hadir dengan bateri ion-litium fosfat (LFP) berkapasiti 48 kWj. Jarak pandu dalam kitaran NEDC buat varian ini ialah 400 km. Varian 500 Ultra pula menggunakan pek bateri litium ternari berkapasiti 63 kWj dan jarak pandunya (kitaran NEDC) adalah 500 km. Pengecasan AC pula menyokong 6.6 kW dan pengecasan pantas DC boleh dibuat sehingga 60 kW.

Juga bacaMenteri MITI, YB Tengku Zafrul terima kenderaan elektrik Ora Good Cat oleh GWM!

Source: EV Ora Good Cat 2023 di Malaysia dengan pilihan warna Pistachio Green – ini 18 gambar yang boleh goda mata

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *