MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) baru saja menerima sebuah Honda Civic FE 1.5 V yang bakal digunakan sebagai kereta rasmi peronda dan pengiring trafik penguatkuasa Jabatan Penguatkuasa MBSJ.

Menurut perkongsian MBSJ di Facebook, Civic berkenaan telah diserahkan kepada MBSJ oleh Syarikat Shared Auto Cars Sdn Bhd bagi memenuhi keperluan semasa dalam menjalankan tugasan-tugasan rasmi. Datuk Bandar MBSJ, Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, dilihat sempat memandu uji sedan segmen C ini selepas sesi penyerahannya semalam.

Honda Civic 1.5 V yang diterima jabatan berkenaan merupakan model spesifikasi pertengahan – iaitu antara varian asas E dan varian petrol tinggi RS. Civic 1.5 V yang berharga RM 143,700 ini dikuasakan enjin petrol 1.5 liter VTEC berpengecas turbo yang menghamburkan kuasa 182 PS dan tork 240 Nm. Kuasa dipacu ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik CVT.

Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 8.8 saat. Civic FE ini mempunyai kelajuan puncak setinggi 200 km/j.

Juga baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 – matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si ‘ketam’

Apa macam? Apabila kereta peronda majlis perbandaran anda lebih ‘power’ dan sedap dipandu, boleh jadi kawasan perbandaran anda akan jadi lebih selamat dan kondusif.

Source: MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *