USA jobs

Sasaran RM 5 bilion kutipan hasil JPJ untuk 2023 dipacu inisiatif pendigitalan dan program

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil mencecah RM 5 bilion hingga hujung tahun ini, dibantu oleh pelbagai program dan inisiatif pendigitalan yang dilaksanakan lewat ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata, kutipan daripada cukai jalan dan proses pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menyumbang lebih 60 peratus kepada hasil kutipan keseluruhan JPJ setiap tahun, lapor Bernama.

Kredit foto: FB

“Tahun lepas kita berjaya kutip RM4.92 bilion, tahun ini kita yakin mampu kutip lebih RM5 bilion mengambil kira inisiatif dan program pendigitalan yang dilancarkan JPJ untuk masyarakat,” jelas beliau.

Difahamkan, kutipan hasil JPJ merupakan antara yang tertinggi selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kutipan hasil JPJ pada 2022 direkodkan pada RM4.92 bilion.

Other Post You May Be Interested In

Juga baca: JPJ sambut ulang tahun ke-77 dengan no. plat siri FF, perkenal banyak perkhidmatan online untuk mudahkan orang ramai

Seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, pelaksanaan dasar baharu seperti pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh maksima 10 tahun berbanding 5 tahun sebelum ini disambut baik oleh orang ramai. Zailani berkata setakat 12 Mei, seramai 9,564 pemegang lesen sudah memperbaharui lesen memandu mereka untuk tempoh 10 tahun dengan kadar diskaun setahun.

Source: Sasaran RM 5 bilion kutipan hasil JPJ untuk 2023 dipacu inisiatif pendigitalan dan program

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *