Syarikat EV Smart mungkin terima pelaburan 200 juta USD dari Tianqi Lithium dari China

Syarikat EV Smart mungkin terima pelaburan 200 juta USD dari Tianqi Lithium dari China

Menurut satu laporan dari Automotive News Europe, Syarikat timah dari China, Tianqi Lithium yang menghasilkan kompaun litium di sana baru-baru ini sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam Smart. Perkara ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk memperkembangkan lagi pegangan semasa.

Secara teknikal, syarikat itu sedang giat berunding untuk melabur 100 ke 200 juta USD, sekaligus boleh menaikkan nilai Smart ke beberapa bilion dolar. Dalam masa beberapa minggu akan datang, satu perjanjian mungkin dibuat walaupun perbincangannya mungkin akan mengalami sedikit kelewatan.

Untuk makluman anda, Smart telah lama meneroka pilihan dana untuk menghidupkan semula kereta kompak mereka kepada jenama elektrik sepenuhnya. Sasaran awal mereka mereka adalah 500 juta – 1 bilion USD.

Juga bacaRebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia – EV Mercedes untuk rakyat marhaen

Bagi anda yang belum tahu, kerjasama Smart dengan Geely dan Mercedes-Benz mula diumumkan pada awal 2020. Mercedes-Benz akan menghasilkan dari segi gaya dan reka bentuk, manakala Geely pula akan menjuruterakan kenderaan tersebut.

Hasil pertama mereka adalah Smart #1 iaitu crossover EV yang mula dijual di China tahun lepas. Model kedua iaitu #3 pula merupakan crossover coupe dan jualannya akan bermula dalam tahun ini juga. Eksport ke Eropah pula akan bermula pada tahun 2024.

Juga bacaHap Seng Smart jadi pengedar sah pertama Pro-Net; pengedar Mercedes-Benz kini ceburkan diri dalam EV!

Di Malaysia, Proton telahpun mengumumkan bahawa subsidiary mereka, Pro-Net akan melancarkan Smart #1 pada suku 4 2023, diikuti dengan Smart #3 selepas ia membuat pelancaran di China dan Eropah.

Juga bacaProton sahkan Smart #3 akan dilancar di Malaysia, Smart #1 ‘on track’ untuk pelancaran Q4 2023

Source: Syarikat EV Smart mungkin terima pelaburan 200 juta USD dari Tianqi Lithium dari China

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *