USA jobs

JPJ sambut ulang tahun ke-77 dengan no. plat siri FF, perkenal banyak perkhidmatan online untuk mudahkan orang ramai

Beberapa inisiatif pendigitalan telah diperkenal dan ditambahbaik untuk kemudahan orang ramai dalam berurusan serta mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-77 semalam (14 Mei), JPJ juga mengeluarkan Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri FF sebagai tanda signifikan Sambutan Hari JPJ Ke-77.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri (F) merupakan nombor pendaftaran bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bidaan Siri FF ini akan dibuka selama 5 hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid dari 14 Mei – 18 Mei 2023.

Tangkap layar dari laman web JPJ e-bid

Menurut tinjauan WapCar, bidaan nombor plat siri FF yang dibuka sejak 10 pm semalam menerima sambutan hangat di laman web JPJ e-bid. Misalnya, setakat waktu penulisan, nombor plat FF17 telah mencapai bidaan minima RM 3,000.

Other Post You May Be Interested In

Inisiatif pendigitalan lain yang diumumkan termasuklah penggunaan e-Book Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang boleh didapati dengan harga RM 3 sahaja. Ini bermaksud individu yang ingin menduduki ujian memandu JPJ sudah tidak perlu membeli buku fizikal KPP yang berharga puluhan RM.

Selain itu, JPJ Mobile juga diperkenalkan sebagai inisiatif ‘outreach’ JPJ yang membolehkan rakyat terus mendapatkan urusniaga tanpa perlu bersesak di kaunter JPJ Negeri, Cawangan dan UTC.

“Hasrat ini direalisasikan dengan perluasan tambahan 20 unit JPJ Mobile yang akan menawarkan lebih 10 perkhidmatan dengan lebih baik dan berkesan di seluruh Malaysia, terutamanya kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak,” tambah Anthony lagi.

 

Source: JPJ sambut ulang tahun ke-77 dengan no. plat siri FF, perkenal banyak perkhidmatan online untuk mudahkan orang ramai

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *