USA jobs

Tayar ganti yang dipasang pada pintu belakang adalah biasa pada SUV dahulu, apa dah jadi?

Kenang kembali ke 30 tahun yang lalu apabila SUV seperti Mitsubishi Pajero, Nissan Terrano, Perodua Kembara, dan Isuzu Trooper berada di mana-mana atas jalan. Kesemua SUV ini mempunyai satu persamaan iaitu tayar ganti dipasang pada pintu belakang yang mudah dikenali. Malah dua generasi pertama Honda CR-V menawarkan tayar ganti yang dipasang di belakang, kemudian dihentikan apabila model generasi ketiga dikeluarkan.

Pada SUV moden kini, anda akan melihat bahawa roda ganti yang dipasang di belakang, ciri yang paling menonjol pada SUV, menjadi kurang popular. Malah, ada yang sudah digantikan dengan kit pembaikan tayar sahaja.

Justeru, apa sebenarnya yang berlaku kepada tayar ganti yang dipasang di belakang yang menjadi simbol praktikaliti SUV terdahulu?

1. Berat SUV kini bertambah

Salah satu sebab mengapa tayar ganti yang dipasang di belakang terpaksa dipindahkan adalah kerana tayar SUV telah membesar dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah Proton X70 boleh dimiliki dengan rim aloi 19-inci dan ini boleh menjadi sesuatu yang agak berat untuk digantung.

Menggantung tayar ganti yang berat di bahagian belakang SUV boleh memberi kesan negatif terhadap pengendalian SUV kerana kesan daya inersia semakin meningkat apabila memandu pada selekoh atau menukar lorong.

Other Post You May Be Interested In

Pada masa yang sama, tayar ganti akan bersaiz besar dan terlalu berat untuk dikeluarkan dan dipasang pada pintu belakang. Bergantung pada SUV, tayar ganti kini dipasang di bawah kenderaan (Toyota Fortuner (Specs | News)), atau di bawah lantai but (kebanyakan SUV unibody seperti Honda CR-V, Proton X70).

2. Trend bukaan pintu belakang juga berubah

Lagi pula, pelanggan hari ini lebih suka pintu kargo tersebut dibuka ke atas berbanding dibuka sisi. Bukaan sisi dilihat kurang praktikal kerana apabila pintu dibuka, ia tidak dapat dibuka meluas kerana terdapat tayar ganti yang menyendal pintu lebih-lebih lagi dalam kotak parkir yang penuh. Justeru itu, pemilik perlu memandu SUV keluar dari kotak parkir untuk membuka pintu sepenuhnya.

Sungguhpun begitu, tidak semestinya tayar ganti yang dipasang di belakang tidak lagi ditawarkan. Walaupun pada tahun 2023, anda masih boleh menemui segelintir SUV moden dengan tayar ganti yang dipasang di belakang, termasuk Jeep Wrangler, Ford Bronco, Land Rover Defender, dan Suzuki Jimny.  

Beberapa model terakhir yang disebutkan adalah model SUV ikonik dengan warisan dan sejarah yang panjang maka tayar ganti yang dipasang di belakang adalah sebahagian daripada identiti reka bentuk mereka. Prestasi pemanduan di jalan raya untuk SUV ini adalah sekunder untuk mengekalkan rupa yang ikonik.

Baca: Tempat parkir bertingkat lama di NY yang penuh dengan SUV berat runtuh, anjing robot Hyundai dikerahkan untuk menyelamat

 

Source: Tayar ganti yang dipasang pada pintu belakang adalah biasa pada SUV dahulu, apa dah jadi?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *