Nak MPV luas 7 penumpang, bawah RM 60k & berenjin turbo? Pilih Proton Exora 2019 terpakai

Dalam pasaran kereta rakyat di Malaysia, terdapat banyak pilihan MPV. Tetapi kalau anda perasan, yang berkuasa turbo “tekan-tekan preggy” macam tiada kan? Kalau yang boleh diingat pun Proton Exora Turbo. Jadi, bagus ke tak MPV ini? Boleh dibeli ke tak?

Jawapannya mudahnya adalah boleh. Kalau anda nak tahu, Proton Exora memang dah berusia dalam pasaran MPV segmen C tetapi bak kata orang sebenarnya, “Otai masih berbisa”.

Proton Exora

Sebagai contoh, ruang di dalam kabinnya sehingga ke baris ketiga bukan setakat luas dan praktikal, malah mutu keselesaan dan pemanduannya juga antara yang terbaik dalam kelas. Maklumlah, talaan suspensi Proton kan antara yang terhandal di dunia. Ditambah pula dengan enjin turbo berkuasa 140 PS/205 Nm, lagilah padu.

Kalau anda nak tahu, harga model tahun 2019 pun tak sampai RM 60k. Lebih tepat adalah RM 53k dan bayaran bulanan kiranya lebih kurang RM 580 sahaja. Bayangkan serendah itu pun dah boleh pakai MPV besar yang berkuasa turbo.

Antara ciri keemasan yang anda dapat adalah tempat duduk kulit dan bantuan arahan suara “Hi Proton”. Secara amnya, terdapat varian Executive dan Premium tetapi kami cadangkan anda untuk terus ke varian Premium kerana ia datang sekali dengan ciri kawalan kestabilan (ESC). Penting untuk membawa ramai penumpang dengan selamat.

Juga bacaProton Exora: MPV luas kini serendah RM 14k, baloi angkat second hand?

Jadi, kalau anda sedang mencari sebuah MPV luas dengan harga berpatutan, Proton Exora CFE tahun 2019 mungkin boleh menjadi pembelian yang sangat memuaskan hati. Kalau nak senang, cari terus di Carsome Certified yang mana terdapat diskaun dan banyak pilihan yang berkualiti serta setiap pembelian lengkap dengan waranti 1 tahun.

@wapcar_adrian MPV 7-seater bawah RM60k, boleh consider Proton Exora #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You – BLVKSHP

Source: Nak MPV luas 7 penumpang, bawah RM 60k & berenjin turbo? Pilih Proton Exora 2019 terpakai

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *