Kantoi dengan Kastam pasarkan basikal elektrik seludup, nilai rampasan RM 742.k!

Sejumlah 264 unit basikal elektrik (e-bike) bernilai RM 742,479 (termasuk cukai) yang diseludup masuk ke negara ini berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu serbuan di Melaka, baru-baru ini.

Helah syarikat yang beralamat di Kawasan Perindustrian Tasik Utama, Ayer Keroh itu ‘kantoi’ hasil risikan selama enam bulan oleh jabatan berkenaan.

Gambar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, syarikat berkenaan sudah beroperasi lebih lima tahun dan antara cara untuk mengaburi mata pihak berkuasa adalah dengan mengikrar barangan seludup sebagai alat ganti basikal.

Menurut Pengarah Kastam Negeri, Norlela Ismail, kesemua basikal itu dipercayai dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang tanpa lesen import yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pengarah Kastam Negeri, Norlela Ismail (dua kiri). Sumber imej: malaysiagazette

Norlela berkata, pihaknya menjalankan risikan selama setengah tahun sebelum sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan JKDM Melaka melakukan serbuan pada Februari lalu.

Turut ditahan ketika serbuan adalah pemilik syarikat berusia 60-an dan barang kes yang disita adalah tertakluk kepada lesen import yang dikeluarkan MITI. 

Gambar hiasan

Diimport dengan diikrar sebagai alat ganti basikal, barangan sebenar adalah basikal elektrik yang lengkap dan tertakluk kepada lesen import dan duti import.

Mengulas lanjut, Norlela berkata kes berkenaan (Seludup basikal dari China) adalah  pertama kali dilaporkan di Melaka.

Gambar hiasan

Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa kepada hukuman didenda sehingga RM 500,000 atau penjara tidak melebihi tempoh tujuh tahun atau kedua-duanya.

Selain kes penyeludupan e-bike, Kastam Melaka turut menumpaskan tiga lagi kegiatan penyeludupan dalam tempoh enam bulan yang membabitkan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM 6.5 juta.

Gambar hiasan

Antaranya termasuklah 90 unit topi keledar motosikal yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Justeru, Kastam turut menggesa orang ramai untuk memerangi jenayah penyeludupan dan dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

Source: Kantoi dengan Kastam pasarkan basikal elektrik seludup, nilai rampasan RM 742.k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *