Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k!

Salah satu model yang disebut-sebut bakal memasuki pasaran tempatan, Suzuki Gixxer SF250 mendapat kemas kini terbaharu bagi versi 2023 di pasaran yang Suzuki sememangnya popular, India.

Metallic Matte Stellar Blue 

Di bahagian kosmetik, pihak Suzuki Motor India menawarkan tiga pilihan skema warna termasuk dua warna baharu yang dikatakan lebih menarik, mengimbau memori dan ikonik iaitu:

  • Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue 
  • Metallic Matte Stellar Blue 
  • Metallic Matte Black
Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue 
Metallic Matte Black

Tetapi apa yang lebih menarik adalah pembaharuan yang dijalankan di bahagian panel meter di mana Suzuki Gixxer SF250 (2023) memiliki ciri sambungan ke telefon bimbit ‘Suzuki Ride Connect’ menerusi Bluetooth.

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Menerusi ‘Suzuki Ride Connect’, ia membolehkan penunggang melihat beberapa maklumat tambahan pada skrin panel meter seperti notifikasi mesej pesanan ringkas, panggilan telefon dan perincian navigasi untuk arah belok.

Selain itu, tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa terhadap Gixxer SF 250 (2023) berbanding versi terdahulu.

Mengulas trenkuasa, model ini dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

 

Kuasa yang dihasilkan adalah 26.5 PS pada 9,300 rpm dan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.

Menggunakan kerangka jenis berlian, Suzuki Gixxer SF250 (2023) menggunakan suspensi telekopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan brek cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Menerusi kemas kini yang dijalankan, harga untuk Suzuki Gixxer SF 250 (2023) di pasaran India turut berubah dan naik 10,000 rupee (RM 524) kepada 202,000 rupee (RM 10,594).

Di Malaysia, pihak Suzuki Malaysia dikhabarkan akan membawa masuk Suzuki Gixxer SF250 namun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan. Jadi, sama-sama kita tunggu.

Juga baca: Giliran Suzuki Gixxer SF250, 250 masuk Malaysia, pelancaran 2023?

Source: Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *