Mercedes-Benz C-Class generasi W205 pertama kali dilancarkan di Malaysia pada September 2014, dengan model facelift ditawarkan pada tahun 2018. Model generasi baharu W206 telah menyusul pada tahun 2022.
Ketika C-Class W205 masih lagi dalam pasaran, pesaingnya seperti BMW 3 Series, Audi A4, dan Volvo S60 telah beralih kepada model platform generasi baharu.
Walaupun kedengaran seperti suatu kekurangan kerana lambat dikemaskini, lain ceritanya dengan Mercedes-Benz C-Class generasi W205 terpakai. Hal ini kerana tinjauan mendapati bahawa harga C-Class terpakai boleh jadi sama harga dengan BMW 5 Series yang satu tahap atas.
Harga ketika baharu adalah sekitar RM 259,888 hingga RM 304,888 untuk varian tempatan pemasangan tempatan (Pekan, Pahang) masing-masing untuk C200 dan C300 sedan. Sebagai konteks, Mercedes-Benz C-Class W205 terpakai tahun 2018 masih mengekalkan harga di atas RM 200k!
Mercedes-Benz C-Class mengatasi BMW 3 Series melalui kelengkapan dalamannya. Panel infotainment dan instrumen digital Audio 20 menjadikan C-Class kelihatan jauh lebih muda tetapi lebih penting lagi, ia berfungsi tanpa perlu bayaran langganan dan sebagainya.
Kami juga menggemari bahan kabin dalaman C-Class – terutamanya pada dalaman C300 AMG. Tanpa mengira usia, ia masih terasa lebih premium walaupun dibandingkan dengan BMW yang lebih baru.
Untuk lebih maklumat lanjut, apa kata Adrian terangkan kepada anda mengenai kenapa harga Mercedes-Benz C-Class W205 terpakai masih mantap!
@wapcar_adrian Mercedes C-Class lagi mahal dari BMW 5 Series, apa jadi ? #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You – BLVKSHP
Jangan lepaskan peluang memiliki Mercedes-Benz C-Class di portal kereta terpakai Carsome yang menjanjikan ketenangan fikiran.
Baca: 5 mitos tentang kereta Jerman lwn. kereta Jepun/Korea
Source: Biar betul, kenapa Mercedes C-Class W205 terpakai mampu kekal harga dengan BMW 5 Series terpakai?