Spyshot: Mitsubishi XFC dikesan di Vietnam – saingan X50 dan HR-V yang akan dilancarkan Ogos 2023?

Spyshot: Mitsubishi XFC dikesan di Vietnam – saingan X50 dan HR-V yang akan dilancarkan Ogos 2023?

Sumber

Setelah membuat penampilan sulung di peringkat global ketika Vietnam Motor Show 2022, Mitsubishi XFC Concept menyaksikan saingan baharu daripada jenama tiga berlian yang akan menentang pasaran SUV segmen B yang mendapat sambutan.

Masih belum dapat dapat dipastikan sama ada SUV itu akan mendapat nama baharu atau menggunakan nama “ASX” – perintis terawal dalam SUV segmen-B!

Sumber

Baru-baru ini, gambar intipan XFC Concept dengan penyamaran telah dikongsi secara meluas di media sosial. Menurut media automotif Vietnam, B-SUV yang akan datang itu telah dikesan di Binh Duong, Vietnam yang merupakan lokasi kilang Mitsubishi di Vietnam.

Sumber

Ini bukan kali pertama Mitsubishi XFC versi pandu uji dilihat di jalan raya kerana unit penyamaran juga telah dilihat di Indonesia. Beberapa laporan telah mencadangkan bahawa XFC versi pengeluaran massa boleh membuat kemunculan sulung di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2023 yang akan diadakan pada 10-Ogos.

XFC Concept

Walaupun dengan balutan penyamaran, SUV misteri ini masih kelihatan sebahagian besarnya mirip dengan model XFC Concept yang dipamerkan. Terdapat gril depan trapezoid yang besar dan DRL LED langsing menyala seperti dalam gambar.

Baca: Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023!

Sumber

Di bahagian belakang, lampu belakang berbentuk T khas yang direka Mitsubishi nampaknya dikekalkan seperti model konsep tetapi paip ekzos berbentuk heksagon nampaknya tidak dibawa sama seperti asal.

Mitsubishi juga dalam siaran rasmi telah menyatakan bahawa XFC Concept bakal dilengkapi dengan 4 mod pemacu – Normal, Wet, Gravel, and Mud. Versi pengeluaran boleh menawarkan mod pemanduan ini dengan mod Wet dilihat sebagai ciri penting penting untuk cuaca monsun yang dihadapi di Asia Tenggara.

Enjin 1.5L MIVEC pada Xpander 

Spesifikasi SUV Mitsubishi yang akan datang ini masih belum didedahkan namun enjin MIVEC 1.5 liter yang disedut secara semula jadi pada Xpander dijangka jadi taruhan.

Enjin tersebut menghasilkan 105 PS dan 141 Nm pada MPV crossover 7 tempat duduk itu tetapi Xpander adalah model pacuan roda hadapan (FWD) sahaja. Sementara itu, XFC mungkin boleh ditawarkan dengan pacuan empat roda (4WD) berdasarkan mod pemanduan yang disebutkan.

Sumber

Apabila XFC dilancarkan kelak, ia akan menentang pesaing seperti Honda HR-V dan Proton X50. Walaupun hanya mempunyai 2 model dalam barisannya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menyaksikan kebangkitan semula dalam jualan, menjadi jenama kereta bukan Malaysia ketiga paling laris pada tahun 2022.

Oleh kerana XFC adalah produk serantau, ia berkemungkinan besar akan memasuki pasaran Malaysia juga.

Baca: Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan?

Source: Spyshot: Mitsubishi XFC dikesan di Vietnam – saingan X50 dan HR-V yang akan dilancarkan Ogos 2023?

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *