Tak perlu tunjuk pasport di sempadan Malaysia-Singapura bermula 2024, guna kod QR dan imbas saja

Tak perlu tunjuk pasport di sempadan Malaysia-Singapura bermula 2024, guna kod QR dan imbas saja

Teknologi pemeriksaan imigresen baharu menggunakan imbasan kod QR dan Sistem Kawalan Sempadan Automatik menerusi Inisiatif Pelepasan Automatik (ACI) akan dilaksana bermula 2024, menyingkirkan keperluan menunjukkan pasport kepada pegawai imigresen di sempadan Malaysia-Singapura.

Menurut laporan Astro Awani, fasa pertama pelaksanaan sistem ini pada 2024 membolehkan penduduk dan pelawat yang masuk ke Singapura melalui jalan darat untuk menggunakan kod QR untuk diimbas di kaunter kereta manual. Pelawat hanya perlu mengisi maklumat dan menjana kod QR di dalam aplikasi mudah alih MyICA, dan ini akan menggantikan pasport pemandu dan penumpang.

Kod QR ini kemudian diimbas di kaunter dengan bantuan pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan imej wajah pemandu dan penumpang akan dipadankan menggunakan data yang diekstrak daripada kod QR masing-masing.

Lorong pelepasan imigresen automatik pula akan menggunakan pengesan biometrik untuk semakan tanpa sentuhan di ruang penumpang. Individu yang layak menggunakan sistem ini hanya perlu menggunakan Pas Lawatan Elektronik (e-Pass) yang boleh digunakan untuk keluar dan masuk dari Singapura di masa hadapan. Dengan ini, cop pasport berdakwat sudah tidak digunakan.

ICA berkata pusat pemeriksaan manual di semua petak penumpang akan diganti dengan 800 lorong automatik menggunakan ABCS bermula pada suku pertama 2024. Sistem ini pernah diuji di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pada 2019.

Sebahagian daripada fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 2016 dengan memperkenalkan laluan Sistem Pelepasan Dalam Kereta Penumpang Automatik (APICS) di Pusat Pemeriksaan Tuas. Dengan kaedah digital serupa, pelawat hanya perlu mengimbas kod QR untuk pengesahan identiti menerusi biometrik. APICS dijangka akan diperkenalkan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pula pada 2028.

Sebagai info, APICS mengintegrasikan pengesan biometrik, kamera, penderia, dan lain-lain untuk proses pelepasan imigresen kendiri tanpa sentuh bagi proses lebih cepat, selamat, dan selesa bagi pengembara.

Source: Tak perlu tunjuk pasport di sempadan Malaysia-Singapura bermula 2024, guna kod QR dan imbas saja

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *