Hap Seng Smart jadi pengedar sah pertama Pro-Net; pengedar Mercedes-Benz kini ceburkan diri dalam EV!

Lakaran digital, smart masih belum beroperasi di cawangan Hap Seng

Anak syarikat Proton, Pro-Net telah melantik Hap Seng Smart Sdn. Bhd. sebagai pengedar sah pertamanya untuk jenama Smart yang akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.

Hap Seng adalah jenama yang sinonim sebagai pengedar Mercedes-Benz justeru apabila Smart bangkit semula sebagai usaha sama antara Geely dan Mercedes-Benz, adalah wajar bagi Hap Seng untuk menjadi pengedar sahnya di Malaysia.

Anak syarikat Geely, Pro-Net (Proton New Energy Technology Sdn. Bhd.) merupakan pengedar kenderaan Smart yang kini merupakan jenama kereta elektrik untuk rantau Malaysia dan Thailand.

Syarikat itu akan melancarkan Smart #1, SUV kompak elektrik sepenuhnya di Malaysia menjelang suku keempat tahun ini, diikuti Thailand.

Bilik pameran Smart pertama oleh Hap Seng dijadual dibuka pada suku keempat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diikuti sebuah lagi bilik pameran di Balakong, Selangor.

“Pro-Net percaya kecemerlangan automotif lebih daripada mencipta kenderaan terbaik. Ini juga bermakna menyediakan perjalanan dan pengalaman pelanggan runcit yang lancar dan komprehensif. Pengedar baharu ini menandakan kemasukan PRO-NET ke dalam pasaran automotif runcit premium, serta pasaran EV terkini di Malaysia,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net.

Harald Behrend, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad dan Ketua Eksekutif Bahagian Automotif Hap Seng, melahirkan rasa terujanya untuk lembaran baharu ini dengan Pro-Net, menyatakan bahawa ia sejajar dengan matlamat mereka untuk berada di barisan hadapan dalam industri EV dan menyokong aspirasi EV Malaysia.

“Kerjasama antara Hap Seng Group melalui Hap Seng Smart dan Pro-Net ini mencerminkan bukan sahaja keyakinan kami terhadap daya tarikan sejagat Smart tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk menggalakkan masa depan mobiliti rendah karbon di Malaysia,” kata Harald.

Baca: Proton tubuh subsidiari baru Pro-NET bagi jualan, pengedaran Smart EV dan jaringan pengecas di Malaysia!

Source: Hap Seng Smart jadi pengedar sah pertama Pro-Net; pengedar Mercedes-Benz kini ceburkan diri dalam EV!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *