Malaysia masih berpeluang jadi hab kenderaan elektrik ASEAN, ekosistem lengkap di sini – CEO SIRIM

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Ahmad Sabirin Arshad, percaya Malaysia berpotensi menjadi hab kenderaan elektrik (EV) di ASEAN.

Dalam satu wawancara bersama Astro Awani, beliau menyatakan bahawa Malaysia mempunyai ekosistem yang hampir sempurna untuk sektor EV. Di samping itu, Malaysia adalah negara ketiga tertinggi dari segi penggunaan kereta EV di ASEAN.

EP 4Wheeler Sdn Bhd sudah mematerai perjanjian untuk memasang dan menjual model Lingbao Box EV

Pada ketika ini, SIRIM mempunyai rancangan untuk menyediakan kapasiti ujian bateri yang lebih besar kepada pengeluar kenderaan domestik seperti Perodua dan Proton, yang akan mempunyai model EV mereka sendiri pada masa akan datang.

Ahmad Sabirin menjelaskan bahawa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah bersetuju secara prinsip untuk memastikan SIRIM mempunyai kapasiti untuk menguji bateri kenderaan EV.

Baca: EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun!

“Di peringkat SIRIM kita mempunyai ekosistem yang penuh, dari segi pembangunan, standard, pelupusan dan rangkaian yang lengkap. Di ASEAN boleh dikatakan semua negara berlumba-lumba untuk menarik pelabur.

“Malaysia tidak ketinggalan jauh. Kita merupakan negara ketiga tertinggi dari segi penggunaan kereta EV. Di sini saya lihat, jika kita ada satu lagi ekosistem pengujian bateri, ia akan melengkapi ekosistem ini dan Malaysia menjadi satu-satunya negara di ASEAN yang mempunyai ekosistem yang lengkap,”

Beliau percaya dengan keupayaan pengeluaran seperti ini, Malaysia boleh menjadi hab EV untuk kesemua ASEAN, dengan pasaran sekuat 600 juta penduduk.

Oleh yang demikian, beliau melihat EV sebagai pasaran baru dan sumber kekayaan untuk Malaysia dan menyatakan bahawa adalah tidak tepat bagi Malaysia untuk meninggalkan industri ini sendirian.

Baca: Menteri MITI, YB Tengku Zafrul terima kenderaan elektrik Ora Good Cat oleh GWM!

Source: Malaysia masih berpeluang jadi hab kenderaan elektrik ASEAN, ekosistem lengkap di sini – CEO SIRIM

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *