Neta Malaysia berancang untuk lancar 2 lagi EV, termasuk satu sedan dengan jarak pandu 1,160 km!

Hari minggu yang lalu, Neta Malaysia melancarkan kereta elektrik (EV) paling mampu milik di negara kita melalui Neta V yang mana ia ditawarkan serendah harga RM 99,800.

Menurut rakan kami dari Carlist.my pula, Neta Malaysia sebenarnya ada dua lagi model EV untuk Malaysia iaitu Neta U dan Neta S.

Juga bacaTempahan Neta V dibuka dari RM 99k, jarak gerak 450 km, EV paling murah dan berbaloi di Malaysia!

Neta U – crossover saiz Corolla Cross dengan jarak pandu 610 km

Di China, Hozon Auto (pemasang kenderaan Neta) menawarkan Neta U dengan 7 varian melalui dua pilihan motor elektrik.

Pertama adalah jenis 163 PS/210 Nm, manakala yang satu lagi dengan output 231 PS/310 Nm.

Kapasiti baterinya tidak dimaklumkan oleh Neta tetapi model tahun lalu hadir dengan pek bateri 55 kWj dan 70 kWj.

Dalam kitaran CLTC, Neta U boleh pergi sejauh 400 km – 500 km, bergantung pada kapasiti bateri. Butiran bateri jenis 610 km pula masih belum diperincikan.

Pengecasan pantas DC membolehkan Neta U dicas dari 30 – 80% dalam masa sesingkat 30 minit. Jenis AC pula mengambil masa 7 – 8.5 jam untuk satu cas penuh.

Dari segi prestasi, Neta U bermotor 163 PS/210 Nm boleh memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 9.5 saat dan kelajuan tertingginya adalah pada 150 km/j. Varian yang lebih berkuasa pula boleh mencapai 155 km/j dan pecutan sama boleh dibuat sesingkat 7 saat.

Di China, harga Neta U bermula dari 118,800 CNY (~RM 76k) hingga 165,800 (~RM 106k).

Neta S – pesaing BMW i4

Kalau mengikut dimensi, saiz Neta S adalah antara sedan segmen C dan D. Menariknya, jarak roda Neta S (2,920 mm) lebih panjang daripada Honda Accord (2,830 mm) dan Toyota Camry (2,825 mm).

Di China, Neta S ditawarkan melalui 10 varian dengan harga dari 189,800 CNY (~RM 121k) hingga 341,800 CNY (~RM 220k).

Untuk aspek trenkuasa, Neta S di China hadir dengan pilihan jenis range extender (REEV) atau EV penuh.

Secara amnya, Neta S EV mempunyai jarak pandu antara 510 km ke 715 km, bergantung pada kapasiti bateri. Varian REEV pula boleh pergi sehingga 1,160 km.

Antara ciri yang ada pada Neta S dan lain daripada pesaing seperti BYD Seal adalah susunan 3 skrin pada bahagian kabin. Selain kluster digital dan infotainment potret, terdapat paparan 12.3 inci pada bahagian pemandu hadapan. Gempak kan?

Jadi, antara dua model ini, yang mana paling anda nak tunggu?

Juga bacaNeta V terima sehingga 100 tempahan ketika Malaysia Autoshow 2023, penghantaran bermula suku ke-3 2023!

Source: Neta Malaysia berancang untuk lancar 2 lagi EV, termasuk satu sedan dengan jarak pandu 1,160 km!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *