GPX Thailand lancar GPX Tuscany 150 (2023), skuter bergaya klasik Itali, harga mula RM 7.7k!

Syarikat pengeluar motosikal Thailand, GPX melancarkan skuter bergaya klasik moden, GPX Tuscany 150 (2023), model terbaharu yang sekali lagi terhasil menerusi kerjasama dengan jenama skuter terkemuka Taiwan, SYM.

Sebagai info, GPX Thailand sebelum ini pernah menjadi kolaborasi dengan SYM menerusi GPX Drone 150, model yang turut dijual di pasaran Malaysia dengan nama SYM JetX 150.

Juga baca: GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik!

Berbalik kepada GPX Thailand untuk GPX Tuscany 150 (2023), dua varian ditawarkan oleh GPX Thailand untuk model terbaharu ini iaitu Standard dan Smart Key.

Seperti namanya, perbezaan diantara kedua-dua varian adalah membabitkan penggunaan Kunci Pintar, pilihan warna dan harga yang seperti berikut:

GPX Tuscany 150 (2023) Standard

  • Pilihan warna: Gelato Green Mint, Smoke Grey
  • Harga: 59,900 baht (RM 7,704)

GPX Tuscany 150 (2023) Smart Key

  • Pilihan warna: Rubino Red, Gelato Green Mint, Smoke Grey, Daisy White, Truffle Black
  • Harga: 63,700 baht (RM 8,193)

Jika melihat kepada rekaan GPX Tuscany 150 (2023), ia sememangnya mengambil inspirasi daripada skuter bergaya klasik terkemuka seperti Vespa dari Itali. 

Rekaan seperti itu kian popular dengan Yamaha dan Honda turut memiliki penawaran sama di Thailand antaranya Yamaha Grand Filano, Fazzio dan Honda Scoopy. Dan seperti Yamaha dan Honda, GPX Tuscany 150 (2023) turut memiliki identiti tersendiri.

Di bahagian trenkuasa, GPX Tuscany 150 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 149.6 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT. Sedikit mengecewakan, tiada angka kuasa rasmi diberikan oleh GPX Thailand.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang). Sistem brek menggunakan cakera depan (226 mm) dan belakang (220 mm dengan sistem kombi (CBS).

Seperti skuter moden lain, GPX Tuscany 150 (2023) menggunakan panel meter jenis digital LCD, sistem lampu LED penuh, storan bawah pelana 27 liter dan mempunyai slot pengecas pantas USB Type A.

Informasi penting lain adalah seperti ketinggian pelana 780 mm, berat 122 kg, kapasiti tangki bahan api 5.7 liter dan set rod bersaiz 110/70-12 (depan) dan 120/70-12 (belakang).

Juga baca: GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k!

Sebagai jenama ‘nasional’, GPX Tuscany 150 (2023) diberikan jaminan selama tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000 km (yang mana tiba dahulu) di pasaran Thailand.

Source: GPX Thailand lancar GPX Tuscany 150 (2023), skuter bergaya klasik Itali, harga mula RM 7.7k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *