Perincian CFMoto 800 NK terus terdedah, sah 100 Hp, 186 kg!

Sejak ‘cerita’ penghasilannya didedahkan tahun lalu, motosikal bergaya ‘Naked’ ganas CFMoto 800 NK menjadi antara model yang dinanti-nantikan pelancarannya, bukan saja di negara pengeluar China, malah global.

Terbaharu, memetik laporan media antarabangsa, perincian rasmi motosikal berkenaan akhirnya terdedah dengan informasi paling menarik adalah CFMoto 800 NK sah boleh bersaing dalam motosikal ‘Naked’ kelas tengah yang penawarannya cukup padat ketika ini.

Di pasaran antarabangsa, menyertai segmen berkenaan pada tahun lalu adalah dua jenama gergasi iaitu Honda dan Suzuki masing-masing menerusi Honda CB750 Hornet dan Suzuki GSX-8S.

Turut bersaing dalam segmen berkenaan adalah nama-nama ‘besar’ dan tidak asing didengar seperti Yamaha MT-07, Triumph Street Triple, KTM 790 Duke dan Kawasaki Z650.

Berbalik kepada CFMoto 800 NK, seperti diketahui, ia dihasilkan menerusi kerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal terkemuka Austria, KTM jadi dari sudut trenkuasa, ia sememangnya boleh dipercayai menerusi enjin LC8c.

Dari sudut rekaan, CFMoto 800 NK dikatakan kekal seperti model konsep NK-C22 dengan beberapa perubahan.

Begitupun, perkembangan terbaharu dan rasmi diperoleh, mengikut laporan Motociclismo, motosikal berkenaan menghamburkan kuasa 100 Hp pada 9,000 rpm.

Sebagai tambahan, antara informasi lain yang terdedah ialah ia akan menggunakan fork jenis terbalik (depan) dan dipadankan dengan kaliper brek dari jenama J.Juan (depan dan belakang) serta berat 186 kg.

Andai berpandukan kepada data itu, CFMoto 800 NK secara rasminya lebih berkuasa dan ringan berbanding dua pencabar baharunya dari Honda dan Suzuki dan berpotensi menjadi pencabar utama ‘saudara jauhnya’ KTM 790 Duke.

Sekalipun tiba sebagai model dari China, CFMoto 800 NK dijangka akan dijual pada harga ‘tak jauh’ dengan KTM 790 Duke iaitu sekitar £ 8,000 (RM 41,936). 

Source: Perincian CFMoto 800 NK terus terdedah, sah 100 Hp, 186 kg!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *