Jualan motosikal di Seberang Tambak naik lebih sekali ganda, harga COE junam hampir 60 peratus!

Jumlah jualan motosikal di Singapura melonjak susulan penurunan harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi motosikal sebanyak 58.9 peratus dalam tender terkini pada minggu lalu.

Dan lonjakan jualan itu bukannya sedikit, dan sekurang-kurang lebih sekali ganda, memetik laporan mediacorp.sg.

Bagi mengekang spekulasi, Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada bulan lalu bertindak menaikkan deposit bidaan bagi COE motosikal daripada S$ 800 (RM 2,680) kepada S$ 1,500 (RM 5,025).

Dalam bidaan terbaru itu, COE motosikal merosot lebih S$ 7,000 (RM 23,452) ke paras S$ 5,002 (RM 16,758) berbanding S$ 12,179 (RM 40,804) sebelum ini. Menurut laporan, ia adalah yang terendah dalam tempoh lebih tiga tahun.

Justeru, sebuah motosikal yang sebelum ini berharga S$ 20,000 (RM 67,003) di Singapura kini boleh dibeli dengan harga S$ 13,000 (RM 43,552).

Biarpun harga COE yang rendah itu menguntungkan pelanggan, menurut laporan mediacorp.sg, ia mendatangkan situasi lain kepada penjual apabila mereka kini berdepan dengan lebihan bekalan motosikal terpakai.

Dan kerugian bagi motosikal-motosikal seperti itu sememangnya boleh dijangkakan  berikutan ia mempunyai harga COE lebih mahal. 

Untuk mengelak kerugian, beberapa syarikat dikatakan merancang untuk menyewakan motosikal-motosikal berkenaan selain turut meramalkan harga COE yang baru nanti bakal meningkat ataupun mengalami turun naik.

Sumber imej: FB Yishun MotoringChong Aik Int Pte LtdDolores Felecia Low

Source: Jualan motosikal di Seberang Tambak naik lebih sekali ganda, harga COE junam hampir 60 peratus!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *