Yadea masuk pasaran Malaysia, jalin kerjasama dengan MForce!

Yadea masuk pasaran Malaysia, jalin kerjasama dengan MForce!

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce), sempena Malaysia Autoshow 2023 yang baru melabuhkan tirai menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat pengeluar kenderaan elektrik terkemuka China, Yadea Technology Group Co., Ltd.

Kerjasama itu sekaligus menyaksikan MForce kini bergelar pengedar eksklusif kenderaan dua roda elektrik (EV) berjenama Yadea di pasaran tempatan.

Majlis menandatangani MoU membabitkan wakil MForce dan Yadea

Selain Malaysia, MForce turut menjadi pengedar eksklusif untuk Yadea di beberapa negara Asia Tenggara lain antaranya Indonesia.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad bersama Naib Presiden Yadea Technology Group Co., Ltd., Andy Luo.

Sebagai info, Yadea ialah syarikat peneraju industri yang mengkhusus dalam menyepadukan R&D, pengeluaran dan penjualan basikal elektrik, motosikal elektrik, komponen serta aksesorinya. 

Syarikat itu bukanlah ‘setahun jagung’ dalam industri berkenaan dan sudah pun mengkhusus dalam perniagaan ini sejak dua puluh tahun lalu.

Sehingga kini, Yadea mempunyai tujuh pangkalan pengeluaran di China dan satu di luar negara iaitu di Hanoi, Vietnam dan rangkaian jualan yang meliputi 83 negara di seluruh dunia.

Pada 2020, Yadea menjadi syarikat kenderaan dua roda elektrik pertama yang mencapai jualan global 10 juta unit.

MForce berkata, kerjasama dengan Yadea adalah salah satu perancangan perniagaan jangka masa panjang syarikat itu selain menyambut saranan kerajaan terhadap penjagaan alam sekitar.

COO MForce, Asri Ahmad (dua kiri) bersalaman dengan Naib Presiden Yadea Technology Group Co., Ltd., Andy Luo.

Untuk pasaran tempatan, antara model jenama Yadea yang bakal diperkenalkan adalah Keeness, Voltguard, Fierider, E8S Pro, X1, Tiker, G5S, Y1S Pro dan C1S Pro..

Kesemua model ketika ini sedang berada dalam proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dengan model sulung dijangka akan diumumkan seawal bulan depan.

Source: Yadea masuk pasaran Malaysia, jalin kerjasama dengan MForce!

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *