GWM Haval H6 Hybrid debut awam di Malaysia – SUV 243 PS yang akan tembus pasaran selain Jolion & pikap Cannon

Haval H6 2023 Hybrid nampaknya mula membuat debut awam iaitu di Malaysia Autoshow 2023.

Kalau anda nak tahu, SUV ini adalah antara model yang ada dalam perancangan GWM untuk kembali semula dalam pasaran Malaysia.

Antara produk GWM yang pernah disebutkan ialah GWM Cannon, Haval Jolion dan kereta elektrik (EV) Ora Good Cat iaitu yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lepas.

Juga bacaKereta elektrik termurah? Ora Good Cat dilancarkan di Malaysia, dari RM 140k, jarak pemanduan 500 km!

Dari segi teknikal, Haval H6 hybrid menggunakan enjin 1.5L turbo yang digandingkan dengan motor elektrik 130 kW. Output trenkuasa ini menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork. Sistemnya pula diuruskan oleh transmisi DHT Haval yang bermaksud Dedicated Hybrid Transmission.

Dari segi penampilan, SUV segmen C ini dilihat lengkap dengan rim 19 inci.

Apapun, spesifikasi untuk Malaysia belum lagi disahkan tetapi kalau ikut model di Thailand, antara ciri yang ada pada bahagian luar termasuklah lampu LED, DRL dan rel bumbung. But belakang berkuasa juga ada.

Masuk ke bahagian dalam, kabinnya dihiasi dengan trim emas merah jambu dan diserlahkan lagi dengan lambu pencahayaan suasana. Tempat duduknya juga jenis kulit dan ada pelaras jenis berkuasa.

Antara ciri yang ada pada bahagian kabin termasuklah kluster digital 10.25 inci, infotainment 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto, 4 port USB dan penyaman udara automatik termasuk untuk bahagian belakang.

Beralih ke aspek keselamatan, Haval H6 Hybrid lengkap dengan ADAS yang merangkumi ciri:

  • Adaptive Cruise Control dengan Cornerning Assist (ACC)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Departure Assist (LDA)
  • Wisdom Dodge System (WDS)
  • Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Aler (BSM, RCTA)

Secara amnya, Haval H6 diperkatakan untuk tembus pasaran Malaysia dalam tahun ini juga (selain trak pikap GWM Cannon). Jadi, Proton X70 nampaknya harus berjaga-jaga.

Juga bacaGWM akan mula CKD tahun 2023 – Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Source: GWM Haval H6 Hybrid debut awam di Malaysia – SUV 243 PS yang akan tembus pasaran selain Jolion & pikap Cannon

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *