Naza mahu masuk gelombang EV di Malaysia, sasar 25% pendapatan setahun menjelang 2028

Naza Automotive Group nampaknya mempunyai rancangan besar untuk memulakan penawaran kereta elektrik yang mana mereka menyasarkan peratusan pendapatan dari sektor EV sehingga 25% setiap tahun menjelang 2028.

Juga bacaNaza Automotive masih bertahan, sasar pendapatan RM 1.1 billion untuk tahun 2023!

Menurut CEO Naza, Mohd Rizal Jailan, syarikat itu berhasrat untuk menjadi peserta penting dalam pasaran EV Malaysia. Bukan setakat membawa jenama EV baru, malah Naza juga mahu menjadi antara penyedia infrastruktur.

Foto dari Facebook Naza Corporation Holdings.

Jelas Rizal, kebimbangan utama yang memyebabkan pembeli sukar untuk beralih kepada kereta EV adalah bilangan stesen mengecas di negara kita. Memandangkan banyak yang tertumpu di bandar besar, ini menjadi cabaran untuk meyakinkan pembeli di luar bandar untuk berjinak dengan kereta EV.

Katanya juga, pihaknya sedang mengkaji kemudahan mengecas di Semenanjung Malaysia. Ulas beliau, “Kami perlu bekerjasama dengan mereka yang sudah ada dalam pasaran dan apa yang bagusnya tentang Naza ialah kami mempunyai bahagian lain dalam kumpulan di mana ia boleh membantu merealisasikan aspirasi ini. Sebagai contoh, kita ada Naza TTDI untuk pembinaan dan pembangunan hartanah.”

Juga bacaSumbang 65% pendapatan, bisnes automotif kekal sebagai tunjang Naza – EV dalam perancangan

Untuk makluman anda, Naza juga sudah bersedia untuk mengumumkan perkongsian dengan satu jenama utama di Asia tidak lama lagi. Apapun, mereka belum lagi mendedahkan butiran lanjut.

Setakat ini, mereka bekerjasama sebagai pengedar kepada jenama seperti Mercedes-Benz, Maserati, Suzuki dan motosikal Ducati.

Sumber: Harian Metro

Source: Naza mahu masuk gelombang EV di Malaysia, sasar 25% pendapatan setahun menjelang 2028

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *