Kepakaran industri Malaysia mampu bangunkan ekosistem Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) yang menyeluruh di ASEAN

Kerajaan merancang untuk menggunakan kepakaran Malaysia dalam pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) bagi menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk segmen Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) yang sedang berkembang pesat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebelum meneruskan NxGV, Malaysia perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penembusan kenderaan elektrik (EV) memandangkan pasaran EV dijangka akan lebih agresif.

“Pasaran EV di ASEAN diramal berkembang hampir 33 peratus setahun kepada AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027, daripada hampir AS$500 juta pada 2021. Ini bermakna elektrifikasi menjadi lebih penting,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran Malaysia Autoshow 2023.

Baca: Tempahan Neta V dibuka dari RM 99k, jarak gerak 450 km, EV paling murah dan berbaloi di Malaysia!

Antara kelebihan Malaysia adalah menjadi hab pengeluaran bagi komponen penting misalnya semikonduktor, sensor, elektronik automotif, transceivers, bateri, serta berkeupayaan untuk melakukan pemasangan kenderaan.

NxGV adalah kenderaan generasi baru yang menggunakan teknologi dan sambungan internet untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan bahan api, dan keterhubungan antara kenderaan.

Tengku Zafrul percaya 2023 adalah masa yang tepat untuk mengembangkan industri mobiliti elektrik Malaysia memandangkan EV merupakan penyelesaian teknologi untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Kerajaan memahami bahawa walaupun kita mempunyai matlamat yang tinggi dalam memperkasakan mobiliti harian kita, cabaran timbul dalam mencapainya – daripada pemilikan, penggunaan, penyelenggaraan, pembuatan EV, apatah lagi pertukaran bateri, pembangunan standard dan juga hayatnya,” ujarnya.

Baca: Naza mahu sertai gelombang EV di Malaysia, sasar 25% pendapatan setahun menjelang 2028

Source: Kepakaran industri Malaysia mampu bangunkan ekosistem Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) yang menyeluruh di ASEAN

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *