Apabila membeli sebuah kereta keluarga, terdapat beberapa faktor yang biasanya dipertimbangkan oleh pembeli. Berdasarkan maklum balas yang ditonjolkan melalui artikel-artikel Wapcar.my sebelun ini, tiga faktor yang paling penting adalah praktikaliti, ruang, dan prestasi menyeluruh.
1. Praktikaliti
Praktikaliti adalah antara faktor penting untuk setiap pembeli kereta keluarga. Pengguna mahu kenderaan yang mampu memenuhi tuntutan kehidupan harian keluarga seperti menghantar anak-anak ke sekolah, urusan harian, dan memuatkan barang beli belah. Untuk ini, Toyota Yaris terpakai bertepatan dengan kehendak tersebut.
Praktikaliti Toyota Yaris turtu merangkumi faktor seperti kecekapan bahan api, ketahanan dan kos penyelenggaraan yang rendah. Ia mudah diparkir, penggunaan ruang yang baik sebagai hatchback, dan dilengkapi dengan ciri seperti kamera 360 darjah (mengikut varian), brek kecemasan automatik (untuk Toyota Yaris 1.5E dan 1.5G tahun 2021 ke atas), dan pemantauan sudut buta juga amat dihargai.
2. Ruang
Ruang adalah faktor penting lain yang dicari oleh pembeli dalam sebiah kenderaan keluarga. Pembeli mahukan kenderaan yang dapat menampung ahli keluarga, rakan, dan juga barangan dengan mudah. Jika hatchback agak kecil untuk memuatkan 5 orang dewasa, apa kata SUV segmen-C Proton X70 terpakai?
Other Post You May Be Interested In
- Aviator Game Online > Play and Win Real Money
- North Carolina Corn Mazes: Perfect Fall Fun for the Family
- Типы мобильных приложений
- Advertising Through Seo – Rising Over The Ranks
- Популяризация интернет-площадки статьями
- Lumina Grand Showflat Tour: Discover What Luxury Really Means
- How to Secure Your Spot in Singapore’s Most Coveted EC: Lumina Grand
- LOCOMOTIVE DIESEL ENGINE PARTS
- ¿Qué es el guest posting y cómo hacerlo?
- RBL Bank Credit Card Online – Best way to save money for your next vacation.
- A safe experience of getting to know firearms
- Samsung Charging Problems
- Die Rolle mobiler RFID-Handheld-Computer bei der Optimierung von Lagern und Lieferketten
- The Role of Mobile RFID Handheld Computers in Warehouse and Supply Chain Optimization
- 6 To Be Able To Accelerate Fat Reduction And Drop Pounds
- Pinterest MP4 Downloader: A Comprehensive Guide
- Perodua 致力于发展纯电车和混合油电车,2024年量产 Perodua 首款 Hybrid!
- Ready your checkbook! 5 cars you can buy for the 2024 Nissan GT-R’s ₱12.4M pricetag
- Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023!
- Peugeot e-2008 diprebiu di Malaysia Autoshow, pelancaran unit CBU dijangka Q4 2023
- 2024 Peugeot 2008 Facelift Revealed – When will the Philippines have it?
- Now a toy-sized concept, life-size Perodua EM-O Concept in 2024; not Daihatsu but 100 percent Malaysia-made EV-only platform
- Kawasaki KX250, KX250X (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023,’off-road sejati’ harga mula RM 35k!
- Proud to be Pinoy! Changan Philippines service experts to compete on global stage
- Danial Syahmi terlepas Pusingan 1 JrGP (2023), bakal jalani pembedahan akibat kecederaan!
- Tak perlu duduki semula ujian memandu untuk ‘renew’ lesen ‘mati’ – Ini syaratnya
- Dah boleh ‘renew’ lesen memandu 10 tahun, bayaran fi khas diskaun setahun
- Modenas Dominar D400 Adventure (2023) diumumkan, aksesori ‘Touring’ standard, harga RM 15.7k!
SUV ini mempunyai cukup ruang kaki dan kepala untuk penumpang depan dan belakang, ruang kargo yang luas, dan ergonomik tempat duduk yang selesa. Antara ciri Proton X70 terpakai yang akan dihargai adalah kawalan iklim automatik dwi-zon, corong penyaman udara belakang, bumbung suria (mengikut varian) dan sistem audio premium Kenwood (mengikut varian).
3. Prestasi menyeluruh
Kereta keluarga sering diharapkan melakukan segala-galanya, dari perjalanan harian ke tempat kerja dan sekolah hingga mengambil perjalanan jauh. Ini bermaksud pembeli mencari kereta yang menawarkan prestasi menyeluruh yang baik, termasuk perjalanan yang lancar dan selesa, pecutan yang responsif, dan pengendalian yang lincah dan selamat.
Justeru itu, tak salah untuk mempertimbangkan Honda Civic 1.8S. Sedan ini terkenal dengan kecekapan bahan api yang efisien, di samping prestasi trenkuasa Honda yang sedap, serta ciri kelengkapan pemanduan yang mencukupi untuk penggunaan kenderaan keluarga.
Bagi anda yang mahukan cadangan yang lebih spesifik, apa kata tonton video daripada hos Wapcar terbaru, Seline.
@wapcar_seline tengah cari kereta second dengan gaji bulanan rm5k? #toyotayaris #protonx70 #hondacivic ♬ In Love With You – BLVKSHP
Tidak kira apa pun pilihan anda, kesemua model yang ditawarkan hadir dengan CARSOME Certified, bermaksud ia telah diperbaharui dengan baik dan dilengkapi dengan jaminan pulangan wang 5 hari serta jaminan kenderaan selama 1 tahun.
Terdapat juga tawaran dan promosi lain maka jangan lupa untuk layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi mudah alih hari ini!
Baca: Top 5 – Kereta terpakai pilihan keluarga untuk balik kampung, pandu sedap dan praktikal!
Source: 3 model kereta terpakai popular sebagai kenderaan keluarga – Proton X70 dan… Toyota Yaris?