BMW CE 04 (2023) dah ada harga rasmi di Malaysia, asas cuma RM 59.5k!

BMW Motorrad Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi skuter elektrik hangatnya, BMW CE 04 (2023) di pasaran tempatan iaitu RM 59,500 (asas).

Pertama kali diperkenalkan di pasaran global pada 2021 lalu, BMW CE 04 ditakrifkan oleh BMW Motorrad sebagai skuter yang sarat dengan teknologi terkini dan digandingkan reka bentuk futuristik.

Untuk BMW Group Malaysia, kehadiran BMW CE 04 (2023) adalah antara usaha syarikat itu mengorak langkah dalam gagasan visi elektrifikasinya bagi pasaran tempatan.

Menurut syarikat itu, BMW CE 04 (2023) adalah ‘jawapan’ kepada perjalanan berjarak pendek dalam kawasan bandar di mana impak mobiliti bebas emisi adalah amat signifikan berikutan faktor kepadatan sesebuah bandar yang menjadi penyumbang utama dari sudut emisi. 

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

Selain sebuah evolusi, BMW CE 04 tampil dengan reka bentuk yang elegan dan futuristik turut menampilkan daya keterhubungan pintar yang membuktikan keupayaan inovasi BMW Motorrad sebagai peneraju dalam industri ini.

Dari sudut kuasa, motor BMW CE 04 (2023) mampu menjana output maksimum 31 kW (42 PS) dan tork 62 Nm. Menurut BMW Motorrad, skuter ini membuat pecutan dari kelajuan 0 hingga 50 km/j hanya dalam tempoh 2.6 saat. 

Untuk kelajuan dan tunggangan bebas emisi di susur jalan urban mahupun lebuh raya, kelajuan tertinggi BMW CE 04 (2023) boleh mencecah 120 km/j.

Menggunakan Bateri ion litium berkuasa 60.6 Ah (8.9 kWj), BMW CE 04 (2023) boleh mencecah jarak operasi maksimum sejauh 130 kilometer. 

Ia boleh dicas menerusi peranti pengecas bersepadu, yang dapat digunakan menerusi soket kuasa biasa di kediaman, ‘wallbox’ ataupun stesen pengecasan awam.

Untuk pengecasan penuh, penggunaan pengecas standard berkadar 2.3 kW akan memakan masa  4 jam 20 minit manakala dengan pengecasan pantas (6.9 kW), tempoh pengecasan hanya memakan masa 1 jam 40 minit.

Juga baca: BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!

Di bahagian teknologi, BMW CE 04 (2023) memiliki empat mod tunggangan (Eco, Rain, Road, Dinamic) dan untuk menjamin tahap keselamatan yang tinggi, BMW Motorrad Integral ABS Pro generasi terbaharu juga datang secara standard.

Selain itu, BMW CE 04 (2023) dilengkapi dengan skrin paparan berwarna TFT 10.25 inci dengan fungsi Map Navigation, bersama fungsi keterhubungan menerusi BMW Motorrad Connected App.

Untuk kemudahan tambahan, port USB, kompartmen dengan pengecas USB, soket 12V, ruangan simpanan helmet berlampu, ruang muatan fleksibel berlampu, fungsi tunggangan tanpa kunci dan bantuan mengundur turut didatangkan secara standard.

Turut tersedia adalah pelan pembiayaan yang oleh BMW Group Financial Services Malaysia di mana pemilikan BMW CE 04 (2023) bermula RM 728 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun). 

Selain itu, bakal pembeli juga boleh menikmati aneka faedah tambahan menerusi program-program yang disediakan BMW Motorrad Malaysia seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti. 

Sekali lagi, harga yang ditawarkan, RM 59.5k adalah atas jalan bersama jaminan selama 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia serta tanpa insurans.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW CE 04 (2023) di pasaran Malaysia, anda boleh layari laman sesawang BMW Motorrad Malaysia di sini.

Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!

Source: BMW CE 04 (2023) dah ada harga rasmi di Malaysia, asas cuma RM 59.5k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *