Malaysia lancar MINI Electric 2023 Resolute Edition dengan warna baru – RM 211k, 90 unit sahaja

MINI sebentar tadi telahpun melancarkan pilihan warna baharu buat MINI Electric Resolute Edition 2023 di Malaysia, Edisi ini terhad kepada 90 unit dan ia menampilkan beberapa sentuhan dan kelengkapan eksklusif.

Secara amnya, MINI Electric Resolute Edition 2023 kini ditawarkan dengan dua pilihan warna baru yang terdiri daripada Enigmatic Black dan Nanuq White. Sebelum ini, ia hanya ada warna Rebel Green.

Trim eksterior kereta ini menampilkan sentuhan Resolute Bronze yang mana ia dapat dilihat pada bahagian lampu depan dan belakang, gril, bahagian tepi, pembuka tutup pintu dan juga pada bahagian pintu but.

Rimnya 17 incinya sendiri dihiasi dengan warna Electric Collection.

Masuk ke bahagian dalam, tempat duduknya menggabungkan bahan fabrik dan kulit termasuk kemasan Black Pearl Light Chequered. Roda sterengnya juga ada logo MINI Resolute.

Kelengkapan yang ditawarkan pada bahagian kabin pula kekal seperti sebelum ini yang mana terdapat ciri seperti head-up display, pengecas nirwayar, lampu pencahayaan serta infotainment 8.8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem audionya menggunakan Harman Kardon 360-watt dengan 12 pembesar suara.

Sebagai kenderaan elektrik, MINI Electric Resolute Edition ini menggunakan motor elektrik depan yang menghasilkan 184 PS dan 270 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 7.3 saat dan kelajuan tertingginya dihadkan pada 150 km/j. Jarak pandunya pula boleh pergi sejauh 232 km (kitaran WLTP).

Dari segi teknikal, baterinya berkapasiti 28.9 kWj dan pengecasan AC menyokong sampai 11 kW. Pengecasan pantas DC pula sehingga 50 kW.

Untuk makluman anda, harga MINI Electric Resolute Edition 2023 bermula dari RM 211,164, RM 12k lebih mahal daripada MINI Electric biasa.

Juga baca2023 MINI Electric dikemaskini – tambah bumbung panoramik, harga RM 199k!

Source: Malaysia lancar MINI Electric 2023 Resolute Edition dengan warna baru – RM 211k, 90 unit sahaja

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *