Lewat ceburi EV tetapi Honda e:NS2 dan e:NP2 mula tunjuk saingan hebat kepada pengeluar China sebagai SUV EV!

Ketika Shanghai Motor Show 2023, Honda China telah mempamerkan siri kenderaan elektrik (EV) generasi kedua e:N.

Model-model yang dipamerkan ialah Honda e:NP2 dan e:NS2, kedua-duanya dalam bentuk prototaip. Dongfeng Honda China akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan e:NS2 manakala GAC Honda China akan mengeluarkan e:NP2.

Pada masa ini, serangan EV oleh Honda China terdiri daripada e:NS1 dan e:NP1, kedua-duanya berdasarkan Honda HR-V generasi semasa, tetapi dengan sistem elektrik bateri (BEV) menggerakkan SUV segmen-B tersebut.

Baca: Honda e:NS1 adalah HR-V elektrik yang menandakan pengakhiran VTEC di China

Bagi kedua-dua Honda e:NP2 dan e:NS2, Honda mengatakan bahawa model EV mereka “menggabungkan utiliti SUV yang sangat baik dan bentuk sedan yang anggun”. Selain itu, profil sisi bagi kedua-dua model mempunyai ciri yang mirip Zeekr 001, model fastback EV yang jauh lebih mewah dibangunkan oleh Geely.

Menurut Honda China lagi, fasa pengeluaran bagi model e:N generasi kedua dijangka bermula pada akhir tahun ini sebelum sampai kepada pengedar China pada awal 2024.

Siri EV Honda e:N generasi kedua adalah sebahagian daripada serangan balas Honda yang akan bermula pada tahun 2025. Honda juga merancang untuk melancarkan tidak kurang daripada 10 BEV di China menjelang 2027.

“Kami akan berusaha untuk menjana struktur perniagaan yang menjana pendapatan walaupun dalam era EV. Matlamatnya ialah pulangan jualan sebanyak 7 peratus dalam tempoh terdekat dan lebih tinggi daripada 2030,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe.

Baca: Indonesia pertonton Honda e – EV CKD dalam kajian, petunjuk kepada HR-V elektrik generasi seterusnya?

Source: Lewat ceburi EV tetapi Honda e:NS2 dan e:NP2 mula tunjuk saingan hebat kepada pengeluar China sebagai SUV EV!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *